إعلان

'TAKSUB'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

Bersama Dr. Uthman El-Muhammady (Felo Yang Amat Utama ISTAC) dan Ustaz Mohammad Nidzam Abd Kadir (http://nidzamkadir.blogspot.com/) (Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM) akan membincangkan tajuk ‘Taksub’.





Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Berhati-hatilah kamu daripada ghulu (melampau) dalam agama kerana sesungguhnya orang sebelum kamu telah dihancurkan disebabkan sikap melampau mereka dalam agama.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Terdapat golongan yang menggunakan konsep persaudaraan Islam sebagaimana yang terkandung dalam Surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :” Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” sebagai alasan untuk bergerak aktif dalam satu-satu kelompok gerakan (jemaah) sahaja. Bagi mereka, hanya kelompok mereka sahajalah paling betul dan kelompok lain perlu mencontohi cara mereka menggerakkan dan mengendalikan kerja-kerja dakwah dan amal.

Surah Hud, ayat 112 yang bermaksud :” Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 30 Julai 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.