إعلان

'IHSAN'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.


(Gambar ihsan : Telaga Biru Sdn. Bhd.)

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed (Pendakwah) akan membincangkan tajuk ‘Ihsan’. Ia bakal mengupas mengenai ihsan menurut Islam.

Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang baik. Al-Quran menerangkan dengan meluas ciri-ciri ihsan dan mereka yang bersifat muhsinin (berbuat kebaikan). Antaranya dalam surah Al-Isra’, ayat 7 yang bermaksud :” Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu berbalik kepada dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk memuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid (Baitul Maqdis), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka kuasai dengan sehancur-hancurnya”.

Kedudukan ihsan di sisi Islam penting bagi melengkapkan ciri-ciri keimanan dan keislaman individu dan masyarakat Islam seluruhnya. Namun ada juga yang mengutamakan ihsan lebih tinggi dari kedudukan iman dan Islam.

Dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari menyatakan malaikat Jibril AS mengajar Rasulullah SAW perihal Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan. Jika salah satu komponen ini tidak ada atau tidak difahami, maka kita belum menghayati Islam secara sempurna.

Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 2 Julai 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.