إعلان

'NALURI IBLIS'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

Bersama Ustaz Mohd Zawawi Jusoh (Pendakwah) akan membincangkan tajuk ‘Naluri Iblis.

Berdasarkan surah Yunus, ayat 44 yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”



Pembunuhan adalah suatu tindakan untuk menghilangkan nyawa seseorang dengan cara yang melanggar hukum. Pembunuhan biasanya berlaku disebabkan motif politik, cemburu, dendam, membela diri dan sebagainya. Ia dilakukan dengan berbagai cara misalnya dengan menggunakan senjata api atau senjata tajam.

Membuang bayi, penderaan dan pembunuhan merupakan sifat zalim yang lahir daripada naluri iblis.

Al-kuliyyah cuba membincangkan sebab musabab berlakunya kezaliman seperti ini berlandaskan psikologi dan sudut pandangan Islam.

Renungkanlah beberapa petikan ayat Al-Quran :

Surah Ar-Rum ayat 57 yang bermaksud : “Maka pada hari itu tidak bermanfaat (lagi) bagi orang-orang zalim yang permintaan uzur mereka, dan tidak pula mereka diberi kesempatan bertaubat lagi.”

Surah Asy-Syura ayat 40 yang bermaksud : “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.”

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 1 Oktober 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.




'LAILATUL QADAR'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

'Lailatul Qadar’ bakal mengupas mengenai pengertian sebenar lailatul qadar, kelebihan dan bagaimana mengenali lailatul qadar.

Keutamaan Lailatul Qadar Allah berfirman, "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (al-Qadr: 1-5)



Barangsiapa solat malam pada malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan harapan pahala dari Allah maka akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu. (Bukhari)

Panelis minggu ini, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (pendakwah bebas) bakal menghurai hadis dan ayat Al-Quran yang berkaitan Lailatul Qadar.

Pengacara Al-Kuliyyah, Ustaz Fauzi Mustafa pastinya akan berusaha mengajak panelis agar lebih fokus kepada tajuk perbincangan kali ini.

Saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah ini pada jam 5 hingga 6 petang, jumaat, 3 September 2010.