إعلان

HADIS SOLAT



Dari Abdullah Ibnu Amr Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Waktu Zohor ialah jika matahari telah condong (ke barat) dan bayangan seseorang sama dengan tingginya selama waktu Asar belum tiba, waktu Asar masuk selama matahari belum menguning, waktu solat Maghrib selama awan merah belum menghilang, waktu solat Isya hingga tengah malam, dan waktu solat Subuh semenjak terbitnya fajar hingga matahari belum terbit." Riwayat Muslim.

Menurut riwayat Muslim dari hadis Buraidah tentang waktu solat Asar. "Dan matahari masih putih bersih."

Dari hadis Abu Musa: "Dan matahari masih tinggi."

Abu Barzah al-Aslamy Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah setelah usai solat Asar kemudian salah seorang di antara kami pulang ke rumahnya di hujung kota Madinah sedang matahari saat itu masih panas. Beliau biasanya suka mengakhirkan solat Isya', tidak suka tidur sebelumnya dan bercakap-cakap setelahnya. Beliau juga suka
melakukan solat Subuh di saat seseorang masih dapat mengenal orang yang duduk disampingnya, beliau biasanya membaca 60 hingga 100 ayat. Muttafaq Alaihi.

Menurut hadis Bukhari-Muslim dari Jabir: Adakalanya beliau melakukan solat Isya' pada awal waktunya dan adakalanya beliau melakukannya pada akhir waktunya. Jika melihat mereka telah berkumpul beliau segera melakukannya dan jika melihat mereka terlambat beliau mengakhirkannya, sedang mengenai solat Subuh biasanya Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menunaikannya pada saat masih gelap.

Menurut Muslim dari hadis Abu Musa: Beliau menunaikan solat Subuh pada waktu fajar terbit di saat orang-orang hampir tidak mengenal satu sama lain.

Rafi' Ibnu Kharij Radliyallaahu 'anhu berkata: Kami pernah solat Maghrib bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kemudian salah seorang di antara kami pulang dan ia masih dapat melihat tempat jatuhnya anak panah miliknya. Muttafaq Alaihi.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Pada suatu malam pernah Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengakhirkan solat Isya' hingga larut malam. Kemudian beliau keluar dan solat, dan bersabda: "Sungguh inilah waktunya jika tidak memberatkan umatku." Riwayat Muslim.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila panas sangat menyengat, maka tunggulah waktu dingin untuk menunaikan solat kerana panas yang menyengat itu sebahagian dari hembusan neraka jahannam." Muttafaq Alaihi.

Dari Rafi' Ibnu Khadij Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Lakukanlah solat Subuh pada waktu masih benar-benar Subuh kerana ia lebih besar pahalanya bagimu." Riwayat Imam Lima. Hadis sahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Hibban.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa yang telah mengerjakan satu rakaat solat Subuh sebelum matahari terbit maka ia telah mendapatkan solat Subuh dan barangsiapa yang telah mengerjakan satu rakaat solat Asar sebelum matahari terbenam maka ia telah mendapatkan solat Asar." Muttafaq Alaihi.

Menurut riwayat Muslim dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu ada hadis serupa, beliau bersabda: "Sekali sujud sebagai pengganti daripada satu rakaat." Kemudian beliau bersabda: "Sekali sujud itu adalah satu rakaat."

Dari Abu Said Al-Khudry bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak ada solat (sunat) setelah solat Subuh hingga matahari terbit dan tidak ada solat setelah solat Asar hingga matahari terbenam." Muttafaq Alaihi. Dalam lafaz Riwayat Muslim: "Tidak ada solat setelah solat fajar."

Dalam riwayat Muslim dari Uqbah Ibnu Amir: Tiga waktu di mana Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang kami melakukan solat dan menguburkan mayat, iaitu: ketika matahari terbit hingga meninggi, ketika tengah hari hingga matahari condong ke barat, dan ketika matahari hampir terbenam.

Dan hukum kedua menurut Imam Syafi'i dari hadis Abu Hurairah dengan sanad yang lemah ada tambahan: Kecuali hari Jumaat.

Begitu juga menurut riwayat Abu Dawud dari Abu Qotadah terdapat hadis yang serupa.
Dari Jubair Ibnu Muth'im bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Wahai Bani Abdu Manaf, janganlah engkau melarang seseorang melakukan tawaf di Baitullah ini dan melakukan solat pada waktu tertentu sahaja, baik malam mahupun siang." Riwayat Imam Lima dan sahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Hibban.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Fajar itu ada dua macam, iaitu fajar yang diharamkan memakan makanan dan diperbolehkan melakukan solat dan fajar yang diharamkan melakukan solat, yakni solat Subuh, dan diperbolehkan makan makanan." Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Hakim, hadis sahih menurut keduanya.

Menurut riwayat Hakim dari hadis Jabir ada hadis serupa dengan tambahan tentang fajar yang mengharamkan memakan makanan: "Fajar yang memanjang di ufuk." Dalam riwayat lain disebutkan: "Dia seperti ekor serigala."



Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perbuatan yang paling mulia ialah solat pada awal waktunya." Hadis riwayat dan sahih menurut Tirmidzi dan Hakim. Asalnya Bukhari-Muslim.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasululah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak ada solat setelah fajar kecuali dua rakaat (Subuh)." Dikeluarkan oleh Imam Lima kecuali Nasa'i. Dalam suatu riwayat Abdur Razaq: "Tidak ada solat setelah terbitnya fajar kecuali dua rakaat fajar."

Ummu Salamah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat Asar lalu masuk rumahku, kemudian beliau solat dua rakaat. Maka aku menanyakannya dan beliau menjawab: "Aku sibuk sehingga tidak sempat melakukan dua rakaat setelah Zohor, maka aku melakukan sekarang." Aku bertanya: Apakah kami harus melakukan qadha jika tidak melakukannya? Beliau bersabda: "Tidak." Dikeluarkan oleh Ahmad.

Abdullah Ibnu Zaid Ibnu Abdi Rabbih berkata: Waktu saya tidur (saya bermimpi) ada seseorang mengelilingi saya seraya berkata: Ucapkanlah "Allahu Akbar Allahu Akbar, lalu ia mengucapkan azan empat kali tanpa pengulangan dan mengucapkan iqamah sekali kecuali "qod Qoomatish sholaat". Ia berkata: Ketika telah Subuh aku menghadap Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya ia adalah mimpi yang benar." Hadis dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Dawud. Sahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah.

Ahmad menambahkan pada akhir hadis tentang kisah ucapan Bilal dalam azan Subuh: "Solat itu lebih baik daripada tidur."

Menurut riwayat Ibnu Khuzaimah dari Anas r.a, ia berkata: Termasuk sunnah adalah bila muazzin pada waktu fajar telah membaca hayya 'alash sholaah, ia mengucapkan assholaatu khairum minan naum

Dari Abu Mahdzurah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengajarinya azan lalu beliau menyebut tarji' (mengulangi dua kali). Dikeluarkan oleh Muslim namun ia hanya menyebutkan takbir dua kali pada permulaan azan. Riwayat Imam Lima dengan menyebut takbir empat kali.

Anas Radliyallaahu 'anhu berkata: Bilal diperintahkan untuk menggenapkan kalimat azan dan mengganjilkan kalimat iqamah kecuali kalimat iqamah, yakni qod qoomatish sholaah. Muttafaq Alaihi, tetapi Muslim tidak menyebut pengecualian.

Menurut riwayat Nasa'i: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan Bilal (untuk menggenapkan azan dan mengganjilkan iqamah).

Abu Juhaifah Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku pernah melihat Bilal azan, dan aku perhatikan mulutnya ke sana ke mari (kumat kamit dan dua jari-jarinya menutup kedua telinganya. Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Hadis sahih menurut Tirmidzi.

Menurut Ibnu Majah: Dia menjadikan dua jari-jarinya menutup kedua telinganya.

Menurut Riwayat Abu Dawud: Dia menggerakkan lehernya ke kanan dan ke kiri ketika sampai pada ucapan "hayya 'alash sholaah", dan dia tidak memutar tubuhnya. Asal hadis tersebut dari Bukhari-Muslim.

Dari Abu Mahdzurah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kagum dengan suaranya, kemudian beliau mengajarinya azan. Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah.

Jabir Ibnu Samurah berkata: Aku solat dua Id (Fitri dan Adha) bukan sekali dua kali bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, tanpa azan dan iqamah. Riwayat Muslim.

Dari Abu Qotadah Radliyallaahu 'anhu dalam hadis yang panjang tentang mereka yang meninggalkan solat kerana tidur, kemudian Bilal azan, maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat sebagaimana yang beliau lakukan setiap hari. Hadis riwayat Muslim.

Dalam riwayat Muslim yang lain dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahawa ketika Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tiba di kota Muzdalifah, beliau solat Maghrib dan Isya' dengan satu azan dan dua iqamah.

Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menjamak solat Maghrib dan Isya' dengan satu kali iqamah. Abu Dawud menambahkan: Untuk setiap kali solat. Dalam riwayat lain: Tidak diperintahkan azan untuk salah satu dari dua solat tersebut.

Dari Ibnu Umar dan 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya Bilal akan berazan pada malam hari, maka makan dan minumlah sampai Ibnu Maktum berazan. Ia (Ibnu Maktum) adalah lelaki buta yang tidak akan berazan kecuali setelah dikatakan kepadanya: Engkau telah masuk waktu Subuh, engkau telah masuk waktu Subuh." Muttafaq Alaihi.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Bilal berazan sebelum fajar, lalu Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menyuruhnya kembali pulang, kemudian berseru: "Ingatlah, bahawa hamba itu butuh tidur." Diriwayatkan dan dianggap hadis lemah oleh Abu Dawud.

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila engkau sekalian mendengar azan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan muazzin." Muttafaq Alaihi.

Menurut Riwayat Muslim dari Umar Radliyallaahu 'anhu tentang keutamaan mengucapkan kalimat per kalimat sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin, kecuali dua hai'alah (hayya 'alash sholaah dan hayya 'alal falaah) maka hendaknya mengucapkan la haula wala quwwata illa billah.

Utsman Ibnu Abul'Ash Radliyallaahu 'anhu berkata: Wahai Rasulullah, jadikanlah aku sebagai imam mereka, perhatikanlah orang yang paling lemah dan angkatlah seorang muazzin yang tidak menuntut upah dari azannya." Dikeluarkan oleh Imam Lima. Hasan menurut Tirmidzi dan sahih menurut Hakim.

Dari Malik Ibnu Huwairits Radliyallaahu 'anhu bahawa dia berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah bersabda pada kami: "Bila waktu solat telah tiba, maka hendaklah seseorang di antara kamu menyeru azan untukmu sekalian." Dikeluarkan oleh Imam Tujuh.

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda kepada Bilal: "Jika engkau menyeru azan perlambatlah dan jika engkau iqamah percepatlah, dan jadikanlah antara azan dan iqamahmu itu kira-kira orang yang makan telah selesai dari makannya." Hadis diriwayatkan dan dianggap lemah oleh Tirmidzi

Dalam riwayatnya pula dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak diperkenankan azan kecuali orang yang telah berwuduk." Hadis tersebut juga dinilai lemah.

Dalam riwayatnya yang lain dari Ziyad Ibnul Harits bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "barangsiapa yang telah azan, maka dia yang akan iqamah." Hadis ini juga dinilai lemah.

Menurut riwayat Abu Dawud dari hadis Abdullah Ibnu Zaid, bahawa dia berkata: Aku telah memimpikannya, iaitu mimpi berazan, dan aku menginginkannya. Maka Rasulullah saw bersabda: "Baik, iqamahlah engkau." Hadis ini juga lemah.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Muazzin itu lebih berhak untuk azan dan imam itu lebih berhak untuk iqamah." Diriwayatkan dan dianggap lemah oleh Ibnu Adiy.

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Doa antara azan dan iqamah itu tidak akan ditolak." Riwayat Nasa'i dan dianggap lemah oleh Ibnu Khuzaimah.

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa yang ketika mendengar azan berdoa: Allaahumma robba haadzihi da'watit taammati, was sholaatil qooimati, aati Muhammadanil washiliilata wal fadliilata, wab 'atshu maqooman mahmuudal ladzi wa'adtahu (artinya: Ya Allah Tuhan panggilan yang sempurna dan solat yang ditegakkan, berilah Nabi Muhammad wasilah dan keutamaan, dan bangunkanlah beliau dalam tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan), maka dia akan memperoleh syafaat dariku pada hari Kiamat." Dikeluarkan oleh Imam Empat.

Dari Ali Ibnu Abu Thalib Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu kentut dalam solat, maka hendaknya ia membatalkan solat, berwuduk, dan mengulangi solatnya." Riwayat Imam Lima. Sahih menurut Ibnu Hibban.

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Allah tidak akan menerima solat seorang perempuan yang telah haid (telah baligh kecuali dengan memakai kudung." Riwayat Imam Lima kecuali Nasa'i dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah.

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda kepadanya: "Apabila kain itu lebar maka berkudunglah dengannya -yakni dalam solat".- Menurut riwayat Muslim: "Maka selempangkanlah di antara dua ujungnya dan apabila sempit maka bersarunglah dengannya." Muttafaq Alaihi.

Menurut riwayat Bukhari-Muslim dari hadis Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu beliau bersabda: "Janganlah seseorang di antara kamu solat dengan memakai selembar kain yang sebahagian dari kain itu tidak dapat ditaruh di atas bahunya."

Dari Ummu Salamah Radliyallaahu 'anhu bahawa dia bertanya kepada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam: Bolehkah seorang perempuan solat dengan memakai baju panjang dan kerudung tanpa sarung? Beliau bersabda: "Boleh apabila baju panjang itu lebar menutupi punggung atas kedua kakinya." Dikeluarkan oleh Abu Dawud. Para Imam Hadis menilainya mauquf.

Amir Ibnu Rabi'ah Radliyallaahu 'anhu berkata: Kami pernah bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam suatu malam yang gelap, maka kami kesulitan menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Ketika matahari terbit ternyata kami telah solat ke arah yang bukan kiblat, maka turunlah ayat (Kemana saja kamu menghadap maka disanalah wajah Allah). Riwayat Tirmidzi. Hadis lemah menurutnya.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ruang antara Timur dan Barat adalah Kiblat." Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan dikuatkan oleh Bukhari.



Amir Ibnu Rabi'ah Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat di atas kenderaannya ke arah mana saja kenderaan itu menghadap. Muttafaq Alaihi. Bukhari menambahkan: Beliau memberi isyarat dengan kepalanya, namun beliau tidak melakukannya untuk solat wajib.

Dalam riwayat Abu Dawud dari hadis Anas Radliyallaahu 'anhu : Apabila beliau berpergian kemudian ingin solat sunat, maka beliau menghadapkan unta kenderaannya ke arah kiblat. Beliau takbir kemudian solat menghadap ke arah mana saja kenderaannya menghadap. Sanadnya hasan.

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Bumi itu seluruhnya masjid kecuali kuburan dan kamar mandi." Riwayat Tirmidzi, tetapi ada cacatnya.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang untuk solat di tujuh tempat: tempat sampah, tempat penyembelihan hewan, pekuburan, tengah jalan, kamar mandi, kandang unta, dan di atas Ka'bah. Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan dinilai lemah olehnya.

Abu Murtsad Al-Ghonawy berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah engkau solat menghadap kuburan dan jangan pula engkau duduk di atasnya." Riwayat Muslim.

Dari Abu Said Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu mendatangi masjid hendaklah ia memperhatikan, jika ia melihat kotoran atau najis pada kedua sandalnya hendaklah ia membasuhnya dan solat dengan mengenakannya." Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu menginjak najis dengan sepatunya maka sebagai pencucinya ialah debu tanah." Dikeluarkan oleh Abu Dawud. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban.

Dari Muawiyah Ibnul Hakam Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya solat ini tidak layak di dalamnya ada suatu perkataan manusia. Ia hanyalah tasbih, takbir dan bacaan al-Qur'an." Diriwayatkan oleh Muslim.

Zaid Ibnu Arqom berkata: Kami benar-benar pernah berbicara dalam solat pada jaman Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, salah seorang dari kami berbicara dengan temannya untuk keperluannya, sehingga turunlah ayat (Peliharalah segala solat(mu), dan solat yang tengah dan berdirilah untuk Allah dengan khusyu'), lalu kami diperintahkan untuk diam dan kami dilarang untuk berbicara. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut riwayat Muslim.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tasbih itu bagi lelaki dan tepuk tangan itu bagi wanita." Muttafaq Alaihi. Muslim menambahkan: "Di dalam solat."

Dari Mutharrif Ibnu Abdullah Ibnus Syikhir dari ayahnya, dia berkata: Aku melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sedang solat, dan di dadanya ada suara seperti suara air yang mendidih kerana menangis. Dikeluarkan oleh Imam Lima kecuali Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh Ibnu Hibban.

Ali Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku mempunyai dua pintu masuk kepada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, maka jika aku mendatanginya ketika beliau solat, beliau akan berdehem buatku. Diriwayatkan oleh Nasa'i dan Ibnu Majah.

Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku bertanya pada Bilal: Bagaimana engkau melihat cara Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menjawab salam mereka ketika beliau sedang solat? Bilal menjawab: Begini. Dia membuka telapak tangannya. Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi. Hadis sahih menurut Tirmidzi.

Abu Qotadah Radliyallaahu 'anhu berkata: Pernah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat sambil menggendong Umamah putri Zainab. Jika beliau sujud, beliau meletakkannya dan jika beliau berdiri, beliau menggendongnya. Muttafaq Alaihi. Dalam riwayat Muslim: Sedang beliau mengimami orang.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Bunuhlah dua binatang hitam dalam solat, iaitu ular dan kalajengking." Dikeluarkan oleh Imam Empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Hibban.

Dari Abu Juhaim Ibnul Harits Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Seandainya orang yang lewat di depan orang yang solat mengetahui dosa yang akan dipikulnya, maka ia lebih baik berdiri empat puluh hari daripada harus lewat di depannya." Muttafaq Alaihi dalam Lafaznya menurut Bukhari. Menurut riwayat Al-Bazzar dari jalan lain: "(lebih baik berdiri) Empat puluh tahun."

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah ditanya pada waktu perang Tabuk tentang batas bagi orang yang solat. Beliau menjawab: "Seperti tiang di bahagian belakang kenderaan." Dikeluarkan oleh Muslim.

Dari Sabrah Ibnu Ma'bad al-Juhany bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hendaknya seseorang di antara kamu membuat batas pada waktu solat walaupun hanya dengan anak panah." Dikeluarkan oleh Hakim.

Dari Abu Dzar Al-Ghifary Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Yang akan memutuskan solat seorang muslim bila tidak ada tabir di depannya seperti kayu di bahagian belakang kenderaan adalah wanita, keledai, dan anjing hitam." Di dalam hadis disebutkan: "Anjing hitam adalah syaitan." Dikeluarkan oleh Imam Muslim.

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu solat dengan memasang batas yang membatasinya dari orang-orang, lalu ada seseorang yang hendak lewat di hadapannya maka hendaklah ia mencegahnya. Bila tidak mau, perangilah dia sebab dia sesungguhnya adalah syaitan." Muttafaq Alaihi. Dalam suatu riwayat disebutkan bahawa dia bersama syaitan.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu solat hendaklah ia membuat sesuatu di depannya, jika ia tidak mendapatkan hendaknya ia menancapkan tongkat, jika tidak memungkinkan hendaknya ia membuat garis, namun hal itu tidak mengganggu orang yang lewat di depannya." Dikeluarkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah. Sahih menurut Ibnu Hibban. Hadis ini hasan dan tidak benar jika orang menganggapnya hadis mudltorib.

Dari Abu Said Al-Khudry bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak akan menghentikan solat suatu apapun (jika tidak ada yang menghentikan), cegahlah sekuat tenagamu." Dikeluarkan oleh Abu Dawud. Dalam sanadnya ada kelemahan.

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang orang yang solat bertolak pinggang. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut riwayat Muslim. Artinya: Orang itu meletakkan tangannya pada pinggangnya.

Dalam riwayat Bukhari dari 'Aisyah: Bahawa cara itu adalah perbuatan orang Yahudi dalam sembahyangnya.

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila makan malam telah dihidangkan, makanlah dahulu sebelum engkau solat Maghrib." Muttafaq Alaihi.

Dari Abu Dzar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Jika seseorang di antara kamu mendirikan solat maka janganlah ia mengusap butir-butir pasir (yang menempel pada dahinya) kerana rahmat selalu bersamanya." Riwayat Imam Lima dengan sanad yang sahih. Ahmad menambahkan: "Usaplah sekali atau biarkan."

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tentang (hukumnya) menoleh dalam solat. Beliau menjawab: "Ia adalah copetan yang dilakukan syaitan terhadap solat hamba." Riwayat Bukhari. Menurut hadis sahih Tirmidzi: "Hindarilah dari berpaling dalam solat kerana ia merosak, jika memang terpaksa lakukanlah dalam solat sunat."

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu sembahyang sebenarnya ia sedang bermunajat kepada Tuhannya. Maka janganlah sekali-kali ia meludah ke hadapannya dan ke samping kanannya tetapi ke samping kirinya di bawah telapak kakinya." Muttafaq Alaihi. Dalam suatu riwayat disebutkan: "Atau di bawah telapak kakinya."

Anas Radliyallaahu 'anhu berkata: Adalah tirai milik 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu menutupi samping rumahnya. Maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda kepadanya: "Singkirkanlah tiraimu ini dari kita, kerana sungguh gambar-gambarnya selalu mengangguku dalam solatku." Riwayat Bukhari.

Bukhari-Muslim juga menyepakati hadis dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu tentang kisah kain anbijaniyyah (yang dihadiahkan kepada Nabi dari) Abu Jahm. Dalam hadis itu disebutkan: "Ia melalaikan dalam solatku."

Dari Jabir Ibnu Samurah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hendaklah benar-benar berhenti orang-orang yang memandang langit waktu solat atau pandangan itu tidak kembali kepada mereka." Riwayat Muslim.

Menurut riwayat dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahawa dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak diperbolehkan solat di depan hidangan makanan dan tidak diperbolehkan pula solat orang yang menahan dua kotoran (muka dan belakang."

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Menguap itu termasuk perbuatan syaitan, maka bila seseorang di antara kamu menguap hendaklah ia menahan sekuatnya." Diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmidzi dengan tambahan: "Dalam solat."

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan untuk membangun masjid di kampung-kampung dan hendaknya dibersihkan dan diharumkan. Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi. Tirmidzi menilainya hadis mursal.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Allah memusuhi orang-orang Yahudi yang menjadikan kuburan Nabi-nabi mereka sebagai masjid." Muttafaq Alaihi. Muslim menambahkan: "Dan orang-orang Nasrani."

Menurut Bukhari-Muslim dari hadis 'Aisyah r.a: "Apabila ada orang soleh di antara mereka yang meninggal dunia, mereka membangunkan di atas kuburannya sebuah masjid." Dalam hadis itu disebutkan: "Mereka itu berakhlak buruk."

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah mengirim pasukan berkuda, lalu mereka datang membawa seorang tawanan, mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. Muttafaq Alaihi.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Umar Radliyallaahu 'anhu melewati Hassan yang sedang bernyanyi di dalam masjid, lalu ia memandangnya. Maka berkatalah Hassan: Aku juga pernah bernyanyi di dalamnya, dan di dalamnya ada orang yang lebih mulia daripada engkau. Muttafaq Alaihi.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa yang mendengar ada seseorang yang mencari barang hilang di masjid, hendaknya mengatakan: Allah tidak mengembalikannya kepadamu kerana sesungguhnya masjid itu tidak dibangun untuk hal demikian." Riwayat Muslim.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Jika engkau melihat seseorang berjual beli di dalam masjid, maka katakanlah padanya: (Semoga Allah tidak menguntungkan perdaganganmu." Riwayat Nasa'i dam Tirmidzi. Hadis hasan menurut Tirmidzi.

Dari Hakim Ibnu Hizam Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak diperbolehkan melaksanakan hukuman had di dalam masjid dan begitu pula tuntut bela di dalamnya." Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dengan sanad yang lemah.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Sa'ad terluka pada waktu perang khandaq, lalu Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mendirikan tenda untuknya di dalam masjid agar beliau dapat menengoknya dari dekat. Muttafaq Alaihi.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menghalangiku ketika aku sedang melihat orang-orang habasyah tengah bermain di dalam masjid. Hadis Muttafaq Alaihi.

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahawa seorang budak perempuan hitam mempunyai tenda di dalam masjid, ia sering datang kepadaku dan bercakap-cakap denganku. Hadis Muttafaq Alaihi.

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat hingga orang-orang berbangga-bangga dengan (kemegahan) masjid." Dikeluarkan oleh Imam Lima kecuali Tirmidzi. Hadis sahih menurut Ibnu Khuzaimah.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Aku tidak diperintahkan untuk menghiasi masjid." Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan sahih menurut Ibnu Hibban.

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Diperlihatkan kepadaku pahala-pahala umatku, sampai pahala orang yang membuang kotoran dari masjid." Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Hadis Gharib menurut Tirmidzi dan sahih menurut Ibnu Khuzaimah.

Dari Abu Qotadah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Jika seseorang di antara kamu memasuki masjid maka janganlah ia duduk kecuali setelah sembahyang dua rakaat. Muttafaq Alaihi.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Jika engkau hendak mengerjakan solat maka sempurnakanlah wuduk, lalu bacalah (ayat) al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah hingga engkau tenang (tu'maninah dalam ruku', kemudian bangunlah hingga engkau tegak berdiri, lalu sujudlah hingga engkau tenang dalam sujud, kemudian bangunlah hingga engkau tenang dalam duduk, lalu sujudlah hingga engkau tenang dalam sujud. Lakukanlah hal itu dalam dalam solatmu seluruhnya." Dikeluarkan oleh Imam Tujuh Lafaznya menurut riwayat Bukhari. Menurut Ibnu Majah dengan sanad dari Muslim: "Hingga engkau tenang berdiri."

Hal serupa terdapat dalam hadis Rifa'ah Ibnu Rafi' menurut riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban: "Maka tegakkanlah tulang punggungmu hingga tulang-tulang itu kembali (seperti semula)."

Menurut riwayat Nasa'i dan Abu Dawud dari hadis Rifa'ah Ibnu Rafi'i: "Sungguh tidak sempurna solat seseorang di antara kamu kecuali dia menyempurnakan wuduk' sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, kemudian ia takbir dan memuji Allah." Dalam hadis itu disebutkan: "Jika engkau hafal Qur'an bacalah, jika tidak bacalah tahmid (Alhamdulillah), takbir (Allahu Akbar), dan tahlil (la illaaha illallah)."

Abu Hamid Assa'idy Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam takbir beliau mengangkat kedua tangannya lurus dengan kedua bahunya, bila ruku' beliau menekankan kedua tangannya pada kedua lututnya kemudian meratakan punggungnya, bila mengangkat kepalanya beliau berdiri tegak hingga tulang-tulang punggungnya kembali ke tempatnya, bila sujud beliau meletakkan kedua tangannya dengan tidak mencengkeram dan mengepalkan jari-jarinya dan menghadapkan ujung jari-jari kakinya ke arah kiblat, bila duduk pada rakaat kedua beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan meluruskan (menegakkan) kaki kanan, bila duduk pada rakaat terakhir beliau majukan kakinya yang kiri dan meluruskan kaki yang kanan, dan beliau duduk di atas pinggulnya. Dikeluarkan oleh Bukhari.

Dari Ali bin Abu Thalib Radliyallaahu 'anhu dari Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam: Bahawa bila beliau menjalankan solat, beliau membaca: "Aku hadapkan wajahku kepada (Allah) yang telah menciptakan langit dan bumi --hingga kalimat-- dan aku termasuk orang-orang muslim, Ya Allah Engkaulah raja, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah Tuhanku dan aku hamba-Mu-- sampai akhir. Hadis riwayat Muslim. Dalam suatu riwayat Muslim yang lain: Bahawa bacaan tersebut dalam solat malam.

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bila telah bertakbir untuk solat beliau diam sejenak sebelum membaca (al-fatihah). Lalu aku tanyakan hal itu kepadanya. Beliau menjawab: "Aku membaca doa: Ya Allah, jauhkanlah diriku dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana telah Engkau jauhkan antara Timur dengan Barat. Ya Allah bersihkanlah diriku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana telah Engkau bersihkan baju putih dari kotoran. Ya Allah, cucilah diriku dari kesalahan-kesalahanku dengan air, es, dan embun." Muttafaq Alaihi.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa (setelah bertakbir) beliau biasanya membaca: "Maha suci Engkau Ya Allah, dengan pujian terhadap-Mu, Maha berkah nama-Mu, tinggi kebesaran-Mu, dan tidak ada Tuhan selain diri-Mu." Riwayat Muslim dengan sanad yang terputus (hadis munqothi'). Riwayat Daruquthni secara maushul dan mauquf.

Hadis serupa dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu yang diriwayatkan oleh Imam Lima secara marfu'. Dalam hadis itu disebutkan: Beliau biasanya setelah takbir membaca: "Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk, dari godaannya, tipuannya dan rayuannya."

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasanya membuka solat dengan takbir dan memulai bacaan dengan alhamdulillaahi rabbil 'alamiin (segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam). Bila beliau ruku' beliau tidak mengangkat kepalanya dan tidak pula menundukkannya tetapi pertengahan antara keduanya; bila beliau bangkit dari ruku' beliau tidak akan bersujud sampai beliau berdiri tegak; bila beliau mengangkat kepalanya dari sujud beliau tidak akan bersujud lagi sampai beliau duduk tegak; pada setiap 2 rakaat beliau selalu membaca tahiyyat; beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan meluruskan kakinya yang kanan; beliau melarang duduk di atas tumit yang ditegakkan dan melarang meletakkan kedua sikunya seperti binatang buas; beliau mengakhiri solat dengan salam. Hadis ma'lul dikeluarkan oleh Muslim.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengangkat kedua tangannya lurus dengan kedua bahunya ketika beliau memulai solat, ketika bertakbir untuk ruku', dan ketika mengangkat kepalanya dari ruku'. Muttafaq Alaihi.

Dalam hadis Abu Humaid menurut riwayat Abu Dawud: Beliau mengangkat kedua tangannya sampai lurus dengan kedua bahunya, kemudian beliau bertakbir.

Dalam riwayat Muslim dari Malik Ibnu al-Huwairits ada hadis serupa dengan hadis Ibnu Umar, tetapi dia berkata: sampai lurus dengan ujung-ujung kedua telinganya.
Wail Ibnu Hujr berkata: Aku pernah solat bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam beliau meletakkan tangannya yang kanan di atas tangannya yang kiri pada dadanya. Dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah

Dari Ubadah Ibnu al-Shomit bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak sah solat bagi orang yang tidak membaca Ummul Qur'an (al-fatihah)." Muttafaq Alaihi.

Dalam suatu riwayat Ibnu Hibban dan Daruquthni: "Tidak sah solat yang tidak dibacakan al-fatihah di dalamnya."

Dalam hadis lain riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ibnu Hibban: "Barangkali engkau semua membaca di belakang imammu?" Kami menjawab: Ya. Beliau bersabda: "Jangan engkau lakukan kecuali membaca al-fatihah, kerana sungguh tidak sah solat seseorang tanpa membacanya."

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, Abu Bakar dan Umar memulai solat dengan (membaca) alhamdulillaahi rabbil 'alamiin. Muttafaq Alaihi.

Muslim menambahkan: Mereka tidak membaca bismillaahirrahmaanirrahiim baik pada awal bacaan maupun akhirnya.

Dalam suatu riwayat Ahmad, Nasa'i dan Ibnu Khuzaimah disebutkan: Mereka tidak membaca bismillaahirrahmaanirrahiim dengan suara keras.

Dalam suatu hadis lain riwayat Ibnu Khuzaimah: Mereka membaca dan amat pelan. (Pengertian ini --membaca dengan amat pelan-- diarahkan pada pengertian tidak membacanya seperti pada hadis riwayat Muslim yang tentunya berbeda dengan yang menyatakan bahawa hadis ini ma'lul).

Nu'aim al-Mujmir berkata: Aku pernah sembahyang di belakang Abu Hurairah r.a. Dia membaca (bismillaahirrahmaanirrahiim), kemudian membaca al-fatihah, sehingga setelah membaca (waladldlolliin) dia membaca: Amin. Setiap sujud dan ketika bangun dari duduk selalu membaca Allaahu Akbar. Setelah salam dia mengatakan: Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, sungguh aku adalah orang yang paling mirip solatnya dengan Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam Riwayat Nasa'i dan Ibnu Khuzaimah.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila kamu membaca al-fatihah maka bacalah bismillaahirrahmaanirrahiim, kerana ia termasuk salah satu dari ayatnya." Riwayat Daruquthni yang menggolongkannya hadis mauquf.

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bila selesai membaca Ummul Qur'an (al-fatihah) beliau mengangkat suaranya dan membaca: "Amin." Hadis hasan diriwayatkan oleh Daruquthni. Hadis sahih menurut Hakim.

Abdullah Ibnu Aufa Radliyallaahu 'anhu berkata: Ada seorang lelaki datang menghadap Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam seraya berkata: Sungguh aku ini tidak bisa menghafal satu ayat pun dari al-Qur'an, maka ajarilah diriku sesuatu yang cukup bagiku tanpa harus menghapal al-Qur'an. Beliau bersabda: "Bacalah subhanallaah, walhamdulillah, walaa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, walaa haula walaa quwwata illa billaahil 'aliyyil 'adziim (artinya= Maha Suci Allah, segala puji hanya bagi Allah, tidak ada Tuhan kecuali Allah, dan Allah Maha Besar, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi lagiMaha Agung)." Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Nasa'i. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban, Daruquthni dan Hakim.

Abu Qotadah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam selalu solat bersama kami, pada dua rakaat pertama dalam solat Zohor dan Asar beliau membaca al-Fatihah dan dua surat, dan kadangkala memperdengarkan kepada kami bacaan ayatnya, beliau memperpanjang rakaat pertama dan hanya membaca al-fatihah dalam dua rakaat terakhir.

Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu berkata: Kami pernah mengukur lama berdirinya Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam solat Zohor dan Asar. Setelah kami ukur bahawa lama berdirinya dalam dua rakaat pertama solat Zohor sekitar lamanya membaca (Alif Laam Mim. Tanziil) al-Sajadah. Dan dalam dua rakaat terakhir sekitar setengahnya, dalam dua rakaat pertama solat Asar seperti dua rakaat terakhir solat Zohor dan dua rakaat terakhir setengahnya. Diriwayatkan oleh Muslim.



Sulaiman Ibnu Yasar berkata: Ada seseorang yang selalu memanjangkan dua rakaat pertama solat Zohor dan memendekkan solat Asar, dia membaca surat-surat mufasshol yang pendek dalam solat maghrib, surat-surat mufasshol pertengahan dalam solat Isya' dan surat-surat mufasshol yang panjang dalam solat Subuh. Kemudian Abu Hurairah berkata: Aku belum pernah solat makmum dengan orang yang solatnya lebih mirip dengan solat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam selain orang ini. Dikeluarkan oleh Nasa'i dengan sanad sahih.

Jubair Ibnu Muth'im Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam membaca surat At-Thur dalam solat maghrib. Muttafaq Alaihi.

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam solat Subuh pada hari Jumaat biasanya membaca (Alif Laam Mim Tanziil) Al-Sajadah dan (Hal ataa 'alal insaani). Muttafaq Alaihi.

Menurut riwayat Thabrani dari hadis Ibnu Mas'ud: Beliau selalu membaca surat tersebut.

Hudzaifah Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku solat bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, setiap melewati bacaan ayat tentang rahmat beliau berhenti untuk berdoa meminta rahmat dan setiap melewati bacaan tentang adzab beliau berhenti untuk berdoa meminta perlindungan dari-Nya. Dikeluarkan oleh Imam Lima. Hadis hasan menurut Tirmidzi.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ketahuilah bahawa aku benar-benar dilarang untuk membaca al-Qur'an sewaktu ruku' dan sujud, adapun sewaktu ruku' agungkanlah Tuhan dan sewaktu sujud bersungguh-sungguhlah dalam berdoa kerana besar harapan akan dikabulkan do'amu. Riwayat Muslim.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam ruku' dan sujudnya membaca: "subhaanaka allaahumma rabbanaa wabihamdika allahummaghfirlii (artinya Maha Suci Engkau, ya Allah Tuhan kami dengan memuji-Mu, ya Allah ampunilah aku)." Muttafaq Alaihi.

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam apabila solat beliau bertakbir ketika berdiri, kemudian bertakbir ketika ruku', lalu membaca "sami'allaahu liman hamidah" (Allah mendengar orang yang memuji-Nya) ketika beliau mengangkat tulang punggungnya dari ruku'. Saat berdiri beliau membaca "rabbanaa walakal hamdu" (Ya Tuhan kami hanya bagi-Mu segala puji), kemudian beliau melakukan demikian seluruhnya dalam solat, dan bertakbir ketika bangkit dari dua rakaat setelah duduk tahiyyat." Muttafaq Alaihi.

Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam jika telah mengangkat kepalanya dari ruku', beliau berdo'a "(artinya = Ya Allah Tuhan kami, segala puji bagi-Mu sepenuh langit dan bumi dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki. Engkaulah pemilik puji dan kemuliaan segala yang diucapkan oleh hamba. Kami semua menghambakan diri pada-Mu. Ya Allah tidak ada yang kuasa menolak apa yang Engkau cegah dan tidak bermanfaat keagungan bagi yang memiliki keagungan kerana keagungan itu dari Engkau juga)." Hadis riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Aku diperintahkan untuk bersujud di atas tujuh tulang pada dahi. Beliau menunjuk dengan tangannya pada hidungnya, kedua tangan, kedua lutut, dan ujung-ujung jari kedua kaki." Muttafaq Alaihi.

Dari Ibnu Buhainah bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam apabila solat dan sujud merenggangkan kedua tangannya sehingga tampak putih kedua ketiaknya. Muttafaq Alaihi.

Dari al-Barra Ibnu 'Azib Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila engkau sujud letakkanlah kedua telapak tanganmu dan angkatlah kedua siku-sikumu." Diriwayatkan oleh Muslim.

Dari Wail Ibnu Hujr Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bila ruku' merenggangkan jari-jarinya dan bila sujud merapatkan jari-jarinya. Diriwayatkan oleh Hakim.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku pernah melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat dengan duduk bersila. Riwayat Nasa'i dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam antaraa dua sujud biasanya membaca: "allaahummagh firlii, warhamnii, wahdinii, wa 'afinii, war zugnii (artinya = Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah diriku, berilah petunjuk padaku, limpahkan kesehatan padaku dan berilah rizqi padaku)." Diriwayatkan oleh Imam Empat kecuali Nasa'i dengan Lafaz hadis menurut Abu Dawud. Sahih menurut Hakim.

Dari Malik Ibnu al-Huwairits Radliyallaahu 'anhu bahawa dia pernah melihat Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sedang solat, apabila beliau dalam rakaat ganjil dari solatnya beliau tidak bangkit berdiri sebelum duduk dengan tegak. Hadis riwayat Bukhari.

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah berqunut setelah ruku' selama sebulan untuk mendoakan kebinasaan sebahagian bangsa Arab kemudian beliau meninggalkannya. Muttafaq Alaihi.

Ada hadis serupa riwayat Ahmad dan Daruquthni dari jalan lain tetapi dengan tambahan: Adapun dalam solat Subuh beliau selalu berqunut hingga meninggal dunia.

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tidak berqunut kecuali jika beliau mendoakan kebaikan atas suatu kaum atau mendoakan kebinasaan atas suatu kaum. Hadis sahih menurut Ibnu Khuzaimah.

Sa'id Ibnu Thariq Al-Asyja'y Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku berkata pada ayahku: Wahai ayahku, engkau benar-benar pernah solat di belakang (bermakmum) Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, Abu bakar, Umar, Utsman, dan Ali. Apakah mereka berqunut dalam solat Subuh? Ayahku menjawab: Wahai anakku, itu adalah sesuatu yang baru. Diriwayatkan oleh Imam Lima kecuali Abu Dawud.

Hasan Ibnu Ali Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam telah mengajariku kata-kata untuk dibaca dalam qunut witir iaitu (artinya = Ya Allah berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau berti petunjuk, berilah aku kesehatan sebagaimana orang-orang telah Engkau beri kesehatan, pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin, berilah aku berkah atas segala hal yang Engkau berikan, selamatkanlah aku dari kejahatan yang telah Engkau tetapkan kerana hanya Engkaulah yang menghukum dan tidak ada hukuman atas-Mu, sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau tolong, Maha Berkah Engkau Tuhan kami dan Maha Tinggi). Riwayat Imam Lima. Thabrani dan Baihaqi menambahkan: (artinya = Tidak akan mulia orang yang telah Engkau murkai). Hadis riwayat Nasa'i dari jalan lain menambahkan pada akhirnya: (artinya = Semoga sholawat Allah Ta'ala selalu terlimpah atas Nabi).

Menurut riwayat Baihaqi bahawa Ibnu Abbas berkata: Adalah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengajari kami doa untuk dibaca dalam qunut pada solat Subuh. Dalam sanadnya ada kelemahan.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Bila salah seorang di antara kamu sujud maka janganlah ia meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya." Dikeluarkan oleh Imam Tiga. Hadis ini lebih kuat dibandingkan hadis Wail Ibnu Hujr.

Aku melihat Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam apabila sujud meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya. Dikeluarkan oleh Imam Empat. Hadis pertama mempunyai seorang saksi dari hadis Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu yang dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah. Bukhari menyebutnya dalam keadaan mu'allaq mauquf.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam apabila duduk untuk tasyahhud meletakkan tangannya yang kiri di atas lututnya yang kiri dan tangannya yang kanan di atas lututnya yang kanan, beliau membuat genggaman lima puluh tiga, dan beliau menunjuk dengan jari telunjuknya. Riwayat Muslim. Dalam suatu riwayat Muslim yang lain: Beliau menggenggam seluruh jari-jarinya dan menunjuk dengan jari yang ada di sebelah ibu jari.

Abdullah Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berpaling pada kami kemudian bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu solat hendaknya ia membaca: (Artinya = Segala penghormatan, sholawat, dan kebaikan itu hanya bagi Allah semata. Semoga selamat sejahtera dilimpahkan kepadamu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan berkah-Nya. Semoga selamat sejahtera dilimpahkan kepada kami dan kepada hamba-hamba-Nya yang shaleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan utusan-Nya), kemudian hendaknya ia memilih doa yang ia sukai lalu berdoa dengan doa itu." Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut riwayat Bukhari. Menurut riwayat Nasa'i: Kami telah membaca doa itu sebelum tasyahud itu diwajibkan atas kami. Menurut riwayat Ahmad: bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam telah mengajarinya tasyahhud dan beliau memerintahkan agar mengajarkannya kepada manusia.

Menurut riwayat Muslim bahawa Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengajarkan kepada kami tasyahhud: (artinya = Segala kehormatan yang penuh berkah, sholawat kebaikan hanya bagi Allah semata... sampai akhir).

Fadlolah Ibnu Ubaidah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah mendengar seseorang berdo'a dalam solatnya dengan tidak memuji Allah dan tidak membaca sholawat Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, maka bersabdalah beliau: "Orang ini tergesa-gesa." Kemudian beliau memanggilnya seraya bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu solat maka hendaknya ia memulai dengan memuji Tuhannya dan menyanjung-Nya, kemudian membaca solat Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, lalu berdoa dengan do'a yang dikehendakinya." Diriwayatkan oleh Ahmad dan Imam Tiga. Hadis sahih menurut Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim.

Dari Abu Mas'ud bahawa Basyir Ibnu Sa'ad bertanya: Wahai Rasulullah, Allah memerintahkan kepada kami untuk bersholawat padamu, bagaimanakah cara kami bersholawat padamu? beliau diam kemudian bersabda: "Ucapkanlah: (artinya = Ya Allah limpahkanlah rahmat atas Muhammad dan keluarganya sebagaimana telah Engkau limpahkan rahmat atas Ibrahim. Berkatilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim. Di seluruh alam ini Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung), kemudian salam sebagaimana yang telah kamu ketahui." Diriwayatkan oleh Muslim. Dalam hadis tersebut Ibnu Khuzaimah menambahkan: "Bagaimanakah cara kami bersholawat padamu, jika kami bersholawat padamu pada waktu solat."

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu bertasyahhud maka hendaklah ia memohon perlindungan pada Allah dari empat hal dengan mengucapkan: (Artinya = Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindungan pada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, cobaan hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal)." Muttafaq Alaihi. Dalam suatu riwayat Muslim disebutkan: "Jika seseorang antara kamu telah selesai dari tasyahhud akhir."

Dari Abu Bakar Ash-Shiddiq Radliyallaahu 'anhu bahawa dia berkata kepada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam: Ajarkanlah padaku doa yang aku baca dalam solatku. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ucapkanlah: (artinya = Ya Allah sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari sisi-Mu dan kasihanilah diriku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang)." Muttafaq Alaihi.

Wail Ibnu Hujr Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku pernah solat bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, beliau salam ke sebelah kanan dan kiri dengan (ucapan): Assalamu'alaykum wa rahmatullaahi wa barakaatuh (artinya = Semoga salam sejahtera atasmu beserta rahmat Allah dan berkah-Nya). Riwayat Abu Dawud dengan sanad sahih.

Dari al-Mughirah Ibnu Syu'bah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pada setiap selesai solat fardlu selalu membaca: (artinya = Tidak ada Tuhan selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah tiada orang yang kuasa menolak terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada orang yang kuasa memberi terhadap apa yang Engkau cegah, dan tiada bermanfaat segala keagungan kerana keagungan itu hanyalah dari Engkau). Muttafaq Alaihi.

Dari Sa'ad Ibnu Waqqash Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setiap selesai solat selalu memohon perlindungan dengan doa-doa: (artinya = Ya Allah sungguh aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir, aku berlindung kepada-Mu dari ketakutan, aku berlindung kepada-Mu dari kepikunan, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur). Diriwayatkan Bukhari.

Tsauban Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam jika telah selesai dari solatnya beristighfar (memohon ampunan) kepada Allah tiga kali dengan membaca: (artinya = Ya Allah Engkaulah keselamatan dan dari-Mu jualah segala keselamatan. Maha Berkah Engkau wahai Dzat yang memiliki segala keagungan dan kemuliaan). Diriwayatkan oleh Muslim.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa yang pada tiap-tiap usai solat bertasbih (membaca subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (membaca alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan bertakbir (membaca Allahu akbar) sebanyak 33 kali, maka jumlahnya 99 kali lalu menyempurnakannya menjadi 100 dengan bacaan: (artinya = tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu), maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun kesalahannya seperti buih air laut." Hadis riwayat Muslim. Dalam riwayat lain: Bahawa takbirnya sebanyak 34 kali.

Dari Muadz Ibnu Jabal bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda kepadanya: "Aku wasiatkan kepadamu wahai Muadz agar engkau jangan sekali-kali setiap solat meninggalkan doa: (artinya = Ya Allah tolonglah aku untuk selalu mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah pada-Mu)." Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud dan Nasa'i dengan sanad yang kuat.

Dari Abu Umamah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "barangsiapa membaca ayat kursi setiap selesai solat fadlu, maka tiada yang menghalanginya masuk syurga kecuali maut." Diriwayatkan oleh Nasa'i dan dinilai sahih oleh Ibnu Hibban. Thabrani menambahkan: "Dan bacalah surat al-Ikhlas."

Dari Malik Ibnu al-Khuwairits Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solatlah kamu sekalian dengan cara sebagaimana kamu melihat aku solat." Riwayat Bukhari.

Dari Imran Ibnu Hushoin Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solatlah dengan berdiri, jika tidak mampu maka dengan duduk, jika tidak mampu maka dengan berbaring, dan jika tidak mampu juga maka dengan syarat." Diriwayatkan oleh Bukhari.

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda kepada seseorang yang sakit yang solat di atas bantal, beliau melempar bantal itu dan bersabda: "Solatlah di atas tanah bila engkau mampu, jika tidak maka pakailah isyarat, dan jadikan (isyarat) sujudmu lebih rendah daripada (isyarat) ruku'mu." Diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad yang kuat, namun Abu Hatim mensahkan mauquf-nya hadis ini.

Dari Abdullah Ibnu Buhaimah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat Zohor bersama mereka, beliau berdiri pada dua rakaat pertama dan tidak duduk tasyahhud, orang-orang ikut berdiri bersamanya hingga beliau akan mengakhiri solat dan orang-orang menunggu salamnya, beliau takbir dengan duduk, kemudian beliau sujud dua kali sebelum salam, lalu beliau salam. Dikeluarkan oleh Imam Tujuh dan Lafaz ini menurut riwayat Bukhari. Dalam suatu riwayat Muslim: Beliau takbir pada setiap sujud dengan duduk, lalu beliau sujud dan orang-orang sujud bersamanya sebagai pengganti duduk (tasyahhud) yang terlupakan.

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah solat salah satu dari dua solat petang dua rakaat, lalu salam. Kemudian beliau menuju tiang di bahagian depan masjid dan meletakkan tangannya pada kayu itu. Dalam jama'ah itu ada Abu Bakar dan Umar namun keduanya tidak berani mengatakan apapun kepada beliau. Orang-orang keluar dengan segera dan mereka bertanya-tanya apakah solat tadi di qasar. Dalam Jama'ah itu ada seorang lelaki yang dijuluki Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam "Dzulyadain", ia bertanya: Ya Rasulullah, apakah baginda lupa atau solat tadi memang diqasar? Beliau bersabda: "Aku tidak lupa dan solat tidak diqasar." Orang itu berkata lagi: Tidak, baginda telah lupa. Maka beliau solat dua rakaat kemudian salam, lalu takbir, kemudian sujud seperti biasa atau lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya lalu takbir, kemudian meletakkan kepalanya, lalu takbir, kemudian sujud seperti biasa atau lebih lama, kemudian beliau mengangkat kepalanya dan takbir. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut riwayat Bukhari. Dalam suatu riwayat Muslim: Itu adalah solat Asar.

Menurut Riwayat Abu Dawud Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bertanya: "Apakah Dzulyadain benar?" Lalu mereka mengiyakan. Hadis itu ada dalam sahih Bukhari-Muslim tapi dengan Lafaz: Mereka berkata.

Dalam suatu riwayatnya pula: Beliau tidak sujud sampai Allah Ta'ala meyakinkannya akan hal itu.

Dari Imran Ibnu Hushoin Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah solat bersama mereka, lalu beliau lupa, maka beliau sujud dua kali, kemudian tasyahhud, lalu salam. Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Hadis hasan menurut Tirmidzi dan sahih menurut Hakim.

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu ragu dalam solat, ia tidak mengetahui apakah telah solat tiga atau empat rakaat. Maka hendaknya ia meninggalkan keraguan dan memantapkan apa yang ia yakini, kemudian sujud dua kali sebelum salam. Maka bila telah solat lima rakaat, genaplah solatnya. Bila ternyat solatnya telah cukup, maka kedua sujud itu sebagai penghinaan kepada syaitan." Riwayat Muslim.

Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat. Ketika beliau salam dikatakan kepadanya: Ya Rasulullah, apakah telah terjadi sesuatu dalam solat? Beliau bersabda: "Apa itu?" Mereka berkata: Baginda solat begini begitu. Abu Mas'ud berkata: Lalu mereka merapikah kedua kakinya dan menghadap kiblat, lalu sujud dua kali kemudian salam. Beliau kemudian menghadap orang-orang dan bersabda: "Sesungguhnya jika terjadi sesuatu dalam solat aku beritahukan padamu, tapi aku hanyalah manusia biasa seperti kamu sekalian yang dapat lupa seperti kalian. Maka apabila aku lupa ingatkanlah aku dan apabila seseorang di antara kamu ragu dalam solatnya, hendaknya ia meneliti benar kemudian menyempurnakannya, lalu sujud dua kali." Muttafaq Alaihi.

Dalam suatu hadis riwayat Bukhari: "Hendaknya ia menyempurnakan, lalu salam, kemudian sujud."

Dalam riwayat Muslim: Bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah sujud sahwi dua kali setelah salam dan bercakap-cakap.

Menurut riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa'i dari hadis Abdullah Ibnu Ja'far yang diterima secara marfu': "Barangsiapa ragu dalam solatnya hendaknya ia bersujud dua kali sesudah salam. Hadis sahih menurut Ibnu Khuzaimah.

Dari al-Mughirah Ibnu Syu'bah bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu ragu, ia berdiri dalam rakaat kedua dan ia sudah tegak berdiri maka hendaklah ia teruskan dan tidak usah kembali lagi, dan hendaknya ia sujud dua kali. Apabila ia belum berdiri tegak maka hendaknya ia duduk kembali dan tidak usah sujud sahwi." Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Daruquthni. Lafaznya menurut Daruquthni dengan sanad yang lemah.

Dari Umar Radliyallaahu 'anhu dari Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bahawa beliau bersabda: "Bagi makmum itu tidak ada lupa, maka jika imam lupa wajiblah sujud sahwi atas imam dan makmum." Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Baihaqi dengan sanad yang lemah.

Dari Tsauban dari Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bahawa beliau bersabda: "Setiap kali lupa itu diganti dengan dua sujud setelah salam." Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah dengan sanad lemah.

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Kami sujud bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sewaktu membawa (idzas samaaun syaqqot) dan (iqra' bismi rabbikalladzii kholaq). Diriwayatkan oleh Muslim.

Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu berkata: Surat Shod bukanlah termasuk surat yang disunatkan sujud, tapi aku pernah melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sujud ketika membacanya. Riwayat Bukhari.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sujud sewaktu membaca surat Al-Najm. Riwayat Bukhari.

Zaid Ibnu Tsabit Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku pernah membaca surat Al-Najm di hadapan Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, namun beliau tidak sujud waktu itu. Muttafaq Alaihi.

Kholid Ibnu Ma'dan Radliyallaahu 'anhu berkata: Surat Al-Hajj itu diberi keutamaan dengan dua sujud. Diriwayatkan Abu Dawud dalam hadis mursal.

Menurut riwayat Ahmad dan Tirmidzi dalam keadaan maushul dari hadis Uqbah Ibnu Amir, ditambahkan: "Maka barangsiapa yang tidak sujud pada keduanya hendaklah ia tidak membacanya." Sanad hadis ini lemah.

Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Wahai orang-orang, kita melewati bacaan ayat-ayat sujud, maka barangsiapa sujud ia telah mendapat (pahala) dan barangsiapa tidak sujud tidak mendapat dosa." Diriwayatkan oleh Bukhari. Dalam hadis itu disebutkan: Sesungguhnya Allah tidak mewajibkan sujud kecuali jika kita menghendaki. Hadis itu termuat dalam al-Muwaththa'.

Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam selalu membacakan Al-Qur'an pada kami, maka apabila melewati bacaan ayat sajadah beliau bertakbir dan sujud, lalu kami sujud bersama beliau. Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang lemah.

Dari Abu Bakrah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bila menerima kabar gembira beliau segera sujud kepada Allah. Diriwayatkan oleh Imam Lima kecuali Nasa'i.

Abdul Rahman Ibnu Auf Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah sujud, beliau melamakan sujud itu, setelah mengangkat kepala beliau bersabda: "Sesungguhnya Jibril datang kepadaku dan membawa kabar gembira, maka aku bersujud syukur kepada Allah." Riwayat Ahmad dan dinilai sahih oleh Hakim.

Dari al-Barra' Ibnu Azib Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah mengutus Ali ke negeri Yaman. Kemudian hadis itu menyebutkan: Ali lalu mengirim surat tentang ke-Islaman mereka. Ketika Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam membaca surat itu beliau langsung sujud syukur kepada Allah atas berita tersebut. Hadis riwayat Baihaqi yang asalnya dari Bukhari.

Rabiah Ibnu Malik al-Islamy Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah bersabda padaku: "Mintalah (padaku)." Aku menjawab: Aku memohon dapat menyertai baginda di syurga. Beliau bertanya: "Apakah ada yang lain?" Aku menjawab: Hanya itu saja. Beliau bersabda: "Tolonglah aku untuk mendoakan dirimu dengan banyak sujud." Diriwayatkan oleh Muslim.

Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku menghapal dari Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam 10 rakaat iaitu: dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat setelahnya, dua rakaat setelah maghrib di rumahnya, dua rakaat setelah Isya' di rumahnya, dan dua rakaat sebelum Subuh. Muttafaq Alaihi. Dalam suatu riwayat Bukhari-Muslim yang lain: Dan dua rakaat setelah Jumaat di rumahnya.

Dalam suatu riwayat Muslim: Apabila fajar telah terbit beliau tidak solat kecuali dua rakaat yang pendek.

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tidak meninggalkan (solat sunat) empat rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sebelum Subuh. Riwayat Bukhari.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tidak pernah memperhatikan solat-solat sunat melebihi perhatiannya terhadap dua rakaat fajar. Muttafaq Alaihi.

Menurut riwayat Muslim: Dua rakaat fajar itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Ummu Habibah Ummul Mu'minin Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa melakukan solat dua belas rakaat dalam sehari semalam niscaya dibangunkan sebuah rumah baginya di syurga." Hadis riwayat Muslim. Dan dalam suatu riwayat: "Solat sunat."
Menurut riwayat Tirmidzi ada hadis yang serupa dengan tambahan: "Empat rakaat sebelum Zohor, dua rakaat setelahnya dan dua rakaat setelah maghrib, dua rakaat setelah Isya', dan dua rakaat sebelum Subuh."

Menurut riwayat Imam Lima darinya (Ummu Habibah r.a): "Barangsiapa memelihara empat rakaat sebelum Zohor dan empat rakaat setelahnya niscaya Allah mengharamkan api neraka darinya."

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "(Semoga) Allah memberi rahmat orang yang solat empat rakaat sebelum Asar." Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Tirmidzi. Hadis hasan menurut Tirmidzi dan sahih menurut Ibnu Khuzaimah.

Dari Abdullah Mughoffal al-Muzanny Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solatlah sebelum Maghrib, solatlah sebelum Maghrib." Kemudian beliau bersabda pada yang ketiga: "Bagi siapa yang mau," Kerana beliau takut orang-orang akan menjadikannya sunnat. Diriwayatkan oleh Bukhari.

Dalam suatu riwayat Ibnu Hibban bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat sebelum Maghrib dua rakaat.

Menurut riwayat Muslim bahawa Ibnu Abbas berkata: Kami pernah solat dua rakaat setelah matahari terbenam dan Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melihat kami, beliau tidak memerintahkan dan tidak pula melarang kami.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam meringkaskan dua rakaat sebelum solat Subuh sampai aku bertanya: Apakah beliau membaca Ummul Kitab (al-Fatihah)? Muttafaq Alaihi.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam dua rakaat fajar membaca (Qul yaa ayyuhal kaafiruun) dan (Qul Huwallaahu Ahad). Riwayat Muslim.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bila selesai solat dua rakaat fajar berbaring atas sisinya yang kanan. Riwayat Bukhari.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seorang di antara kamu selesai solat dua rakaat sebelum solat Subuh, hendaknya ia berbaring atas sisinya yang kanan." Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Tirmidzi. Hadis sahih menurut Tirmidzi.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solat malam itu dua dua, maka bila seorang di antara kamu takut telah datang waktu Subuh hendaknya ia solat satu rakaat untuk mengganjilkan solat yang telah ia lakukan." Muttafaq Alaihi.

Dalam Riwayat Imam Lima yang dinilai sahih oleh Ibnu Hibban adalah Lafaz: "Solat malam dan siang itu dua dua." Nasa'i menyatakan bahawa ini salah.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solat yang paling utama setelah solat fadlu ialah solat malam." Dikeluarkan oleh Muslim.

Dari Ayyub al-Anshory bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Witir itu hak bagi setiap muslim. Barangsiapa senang solat witir lima rakaat hendaknya ia kerjakan, barangsiapa senang solat witir tiga rakaat hendaknya ia kerjakan, barangsiapa senang solat witir satu rakaat hendaknya ia kerjakan." Riwayat Imam Empat kecuali Tirmidzi. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban dan mauquf menurut Nasa'i.

Ali Ibnu Abu Thalib Radliyallaahu 'anhu berkata: Witir itu tidaklah wajib sebagaimana solat fardlu, tapi ia hanyalah sunat yang dilakukan Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi, Nasa'i dan Hakim. Hasan menurut Tirmidzi dan sahih menurut Hakim.

Dari Jabir Ibnu Abdullah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat malam pada bulan Ramadhan. Kemudian orang-orang menunggu beliau pada hari berikutnya namun beliau tidak muncul. Dan beliau bersabda: "Sesungguhnya aku khawatir solat witir ini diwajibkan atas kamu." Riwayat Ibnu Hibban.

Dari Kharijah Ibnu Hudzafah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah membantu kamu dengan solat yang lebih baik bagimu daripada unta merah?" Kami bertanya: Solat apa itu ya Rasulullah? Beliau menjawab: "Witir antara solat Isya' hingga terbitnya fajar." Riwayat Imam Lima kecuali Nasa'i. Hadis Sahih menurut Hakim.

Dari Abdullah Ibnu Buraidah dari ayahnya bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Witir adalah hak, maka barangsiapa tidak solat witir ia bukanlah termasuk golongan kami." Dikeluarkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang lemah. Sahih menurut Hakim.

Hadis tersebut mempunyai saksi yang lemah dari Abu Hurairah menurut riwayat Ahmad.
'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tidak pernah menambah dalam solat malam Ramadhan atau lainnya lebih dari sebelas rakaat. Beliau solat empat rakaat dan jangan tanyakan tentang baik dan panjangnya. Kemudian beliau solat empat rakaat dan jangan tanyakan tentang baik dan panjangnya. Kemudian beliau solat tiga rakaat. 'Aisyah berkata: Saya bertanya, wahai Rasulullah, apakah engkau tidur sebelum solat witir? Beliau menjawab: "Wahai 'Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur namun hatiku tidak." Muttafaq Alaihi.

Dalam suatu riwayat Bukhari-Muslim yang lain: Beliau solat malam sepuluh rakaat, solat witir satu rakaat, dan solat fajar dua rakaat. Jadi semuanya tiga belas rakaat.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat malam tiga belas rakaat, lima rakaat di antaranya solat witir, beliau tidak pernah duduk kecuali pada rakaat terakhir.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Pada setiap malam Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam selalu solat witir yang berakhir hingga waktu sahur. Muttafaq Alaihi

Abdullah Ibnu Amar Ibu al-'Ash Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda padaku: "Hai Abdullah, kamu jangan seperti si Anu, dulu ia biasa solat malam kemudian ia meninggalkannya." Muttafaq Alaihi.

Dari Ali bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solat witirlah wahai ahli Qur'an, kerana Allah sesungguhnya witir (ganjil) dan dia mencintai yang ganjil (witir)." Diriwayatkan oleh Imam Lima dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Jadikanlah solat witir sebagai akhir solatmu malam hari." Muttafaq Alaihi.

Tholq Ibnu Ali berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak ada dua witir dalam satu malam." Riwayat Ahmad dan Imam tiga. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban.

Ubay Ibnu Ka'ab Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasanya solat witir dengan membaca (Sabbihisma rabbikal a'la dan (Qul yaa ayyuhal kaafiruun) dan (Qul huwallaahu Ahad)." Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa'i. Nasa'i menambahkan: Beliau tidak salam kecuali pada rakaat terakhir.

Menurut riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi terdapat hadis serupa dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu dan didalamnya disebutkan: Masing-masing surat untuk satu rakaat dan dalam rakaat terakhir dibaca (Qul huwallaahu Ahad) serta dua surat al-Falaq dan an-Naas.

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solat witir-lah sebelum engkau masuk waktu Subuh." Diriwayatkan oleh Muslim.
Menurut Riwayat Ibnu Hibban: "Barangsiapa telah memasuki waktu Subuh sedang dia belum solat witir, maka tiada witir baginya."

Darinya bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa yang luput solat witir kerana tidur atau lupa hendaknya ia solat waktu Subuh atau ketika ingat." Diriwayatkan oleh Imam Lima kecuali Nasa'i.

Dari Jabir bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa khawatir tidak bangun pada bahagian akhir malam, hendaknya ia solat witir pada awal malam dan barangsiapa sangat ingin bangun pada akhirnya hendaknya ia solat witir pada akhir malam kerana solat pada akhir malam itu disaksikan (oleh malaikat), dan hal itu lebih utama." Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Jika fajar telah terbit maka habislah seluruh waktu solat malam dan solat witir. Maka berwitirlah sebelum terbitnya fajar." Diriwayatkan oleh Tirmidzi.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasanya solat Dhuha empat rakaat dan menambah seperti yang dikehendaki Allah. Riwayat Muslim.

Menurut riwayat Muslim dari 'Aisyah: Bahawa 'Aisyah pernah ditanya: Apakah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasa menunaikan solat Dhuha? Ia menjawab: Tidak, kecuali bila beliau pulang dari bepergian.

Menurut riwayat Muslim dari 'Aisyah: Aku tidak melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dengan tetap melakukan solat Dhuha, tetapi sungguh aku melakukannya dengan tetap.

Dari Zaid Ibnu Arqom Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solatnya orang-orang yang bertaubat itu ketika anak-anak unta merasa panas." Riwayat Tirmidzi.

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa menunaikan solat Dhuha dua belas rakaat niscaya Allah membangunkan sebuah istana untuknya di syurga." Hadis Gharib diriwayatkan oleh Tirmidzi.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam masuk ke rumahku, kemudian beliau solat Dhuha delapan rakaat. Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya.

Dari Abdullah Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solat berjama'ah itu lebih utama dua puluh tujuh darjat daripada solat sendirian." Muttafaq Alaihi.

Menurut riwayat Bukhari-Muslim dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu : "Dua puluh lima bahagian."

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya ingin rasanya aku menyuruh mengumpulkan kayu bakar hingga terkumpul, kemudian aku perintahkan solat dan diazankan buatnya, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami orang-orang itu, lalu aku mendatangi orang-orang yang tidak menghadiri solat berjama'ah itu dan aku bakar rumah mereka. Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya salah seorang di antara mereka tahu bahawa ia akan mendapatkan tulang berdaging gemuk atau tulang paha yang baik niscaya ia akan hadir (berjamaah) dalam solat Isya' itu. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut riwayat Bukhari.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isya' dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa yang ada pada kedua solat itu, mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak." Muttafaq Alaihi.

Dari Abu Hurairah r.a: Ada seorang lelaki buta menghadap Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan berkata: Ya Rasulullah, sungguh aku ini tidak mempunyai seorang penuntun yang menuntunku ke masjid. Maka beliau memberi keringanan padanya. Ketika ia berpaling pulang beliau memanggilnya dan bertanya: "Apakah engkau mendengar azan untuk solat?" Ia menjawab: Ya. Beliau bersabda: "Kalau begitu, datanglah." Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa mendengar azan tetapi ia tidak datang, maka tidak ada solat baginya kecuali lantaran udzur." Riwayat Ibnu Majah, Daruquthni, Ibnu Hibban, dan Hakim dengan sanad yang menurut syarat Muslim. Sebahagian menguatkan bahawa hadis ini mauquf.

Dari Yazid Ibnu al-Aswad bahawa dia pernah solat Subuh bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam Ketika Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam telah usai solat beliau bertemu dengan dua orang lelaki yang tidak ikut solat. Beliau memanggil kedua orang itu, lalu keduanya dihadapkan dengan tubuh gemetaran. Beliau bertanya pada mereka: "Apa yang menghalangimu sehingga tidak ikut solat bersama kami?" Mereka menjawab: Kami telah solat di rumah kami. Beliau bersabda: "Jangan berbuat demikian, bila kamu berdua telah solat di rumahmu kemudian kamu melihat imam belum solat, maka solatlah kamu berdua bersamanya kerana hal itu menjadi sunat bagimu." Riwayat Imam Tiga dan Ahmad dengan Lafaz menurut riwayat Ahmad. Hadis sahih menuru Ibnu Hibban dan Tirmidzi.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka apabila ia telah bertakbir, bertakbirlah kalian dan jangan bertakbir sebelum ia bertakbir. Apabila ia telah ruku', maka ruku'lah kalian dan jangan ruku' sebelum ia ruku'. Apabila ia mengucapkan (sami'allaahu liman hamidah) maka ucapkanlah (allaahumma rabbanaa lakal hamdu). Apabila ia telah sujud, sujudlah kalian dan jangan sujud sebelum ia sujud. Apabila ia solat berdiri maka solatlah kalian dengan berdiri dan apabila ia solat dengan duduk maka solatlah kalian semua dengan duduk." Riwayat Abu Dawud. Lafaznya berasal dari Sahih Bukhari-Muslim.

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melihat para sahabatnya mundur ke belakang. Maka beliau bersabda: "Majulah kalian dan ikutilah aku, dan hendaknya orang-orang di belakangmu mengikuti kalian." Riwayat Muslim.

Zaid Ibnu Tsabit Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah membuat bilik dari tikar, lalu beliau solat di dalamnya. Orang-orang mengetahuinya dan mereka datang untuk solat bersama beliau. Hadis, dan di dalamnya disebutkan: "Sebagik-baik solat seseorang itu di rumahnya kecuali solat fardlu." Muttafaq Alaihi.

Dari Jabir Ibnu Abdullah Radliyallaahu 'anhu bahawa Muadz pernah solat Isya' bersama para shahabatnya dan ia memperlama solat tersebut. Maka bersabdalah Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam: "Apakah engkau mau wahai Muadz menjadi seorang pemfitnah? Jika engkau mengimami orang-orang maka bacalah (washamsyi waDhuhaaha), (sabbihisma rabbikal a'laa), (Iqra' bismi rabbika), dam (wallaili idzaa yaghsyaa)." Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut Muslim.

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu tentang kisah solat berjama'ah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau sakit. 'Aisyah berkata: Beliau datang dan duduk di sebelah kiri Abu Bakar. Beliau mengimami jama'ah dengan duduk sedang Abu Bakar berdiri. Abu Bakar mengikuti solat Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan orang-orang mengikuti solat Abu Bakar. Muttafaq Alaihi.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seorang di antara kamu mengimami orang-orang maka hendaknya ia memperpendek solatnya, kerana sesungguhnya di antara mereka ada yang kecil, besar, lemah, dan yang mempunyai keperluan. Bila is solat sendiri, maka ia boleh solat sekehendaknya." Muttafaq Alaihi.

Amar Ibnu Salamah berkata: Ayahku berkata: Aku sampaikan sesuatu yang benar-benar dari Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam Beliau bersabda: "Bila waktu solat telah datang, maka hendaknya seorang di antara kamu berazan dan hendaknya orang yang paling banyak menghapal Qur'an di antara kamu menjadi imam." Amar berkata: Lalu mereka mencari-cari dan tidak ada seorang pun yang lebih banyak menghapal Qur'an melebihi diriku, maka mereka memajukan aku (untuk menjadi imam) padahal aku baru berumur enam atau tujuh tahun. Diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Dawud dan Nasa'i.

Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Yang mengimami kaum adalah orang yang paling pandai membaca al-Qur'an di antara mereka. Jika dalam bacaan mereka sama, maka yang paling banyak mengetahui tentang Sunnah di antara mereka. Jika dalam Sunnah mereka sama, maka yang paling dahulu berhijrah di antara mereka. Jika dalam hijrah mereka sama, maka yang paling dahulu masuk Islam di antara mereka." Dalam suatu riwayat: "Yang paling tua." "Dan Janganlah seseorang mengimami orang lain di tempat kekuasaannya dan janganlah ia duduk di rumahnya di tempat kehormatannya kecuali dengan seidzinnya." Riwayat Muslim.

Menurut riwayat Ibnu Majah dari hadis Jabir r.a: "Janganlah sekali-kali seorang perempuan mengimami orang laki-laki, orang Badui mengimami orang yang berhijrah, dan orang yang maksiat mengimami orang mu'min." Sanadnya lemah.

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tertibkanlah barisan (shof)-mu, rapatkanlah jaraknya, dan luruskanlah dengan leher." Hadis riwayat Abu Dawud dan Nasa'i. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sebaik-baik shof lelaki adalah yang pertama dan sejelek-jeleknya ialah yang terakhir. Dan sebaik-baik shof perempuan adalah yang terakhir dan sejelek-jeleknya ialah yang pertama." Diriwayatkan oleh Muslim.

Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku pernah solat bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pada suatu malam. Aku berdiri di samping kirinya. Lalu beliau memegang kepalaku dari belakang dan memindahkanku ke sebelah kanannya.
Anas Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat, lalu aku dan seorang anak yatim berdiri di belakangnya sedang Ummu Salamah berdiri di belakang kami. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut riwayat Bukhari.

Dari Abu Bakrah Radliyallaahu 'anhu bahawa dia datang kepada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau ruku'. Lalu ia ruku' sebelum mencapai shof. Maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda padanya: "Semoga Allah menambah keutamaanmu dan jangan mengulanginya." Riwayat Bukhari. Abu Dawud menambahkan dalam hadis itu: Ia ruku' di belakang saf kemudian berjalan menuju shof.

Dari Wabishoh Ibnu Ma'bad Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah melihat seseorang solat di belakang saf sendirian. Maka beliau menyuruhnya agar mengulangi solatnya. Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban

Menurut riwayatnya dari Tholq Ibnu Ali r.a: "Tidak sempurna solat seseorang yang sendirian di belakang saf." Thabrani menambahkan dalam hadis Wabishoh: "Mengapa engkau tidak masuk dalam saf mereka atau engkau tarik seseorang?"

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila engkau telah mendengar iqamah, maka berjalanlah menuju solat dengan tenang dan sabar, dan jangan terburu-buru. Apa yang engkau dapatkan (bersama imam) kerjakan dan apa yang tertinggal darimu sempurnakan." Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut riwayat Bukhari.

Dari Ubay Ibnu Ka'ab Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solat seorang bersama seorang lebih baik daripada solatnya sendirian, solat seorang bersama dua orang lebih baik daripada solatnya bersama seorang, dan jika lebih banyak lebih disukai oleh Allah 'Azza wa Jalla." Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban.

Dari Ummu Waraqah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menyuruhnya untuk mengimami anggota keluarganya. Riwayat Abu Dawud. Hadis sahih menurut Ibnu Khuzaimah. (287 Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam meminta Ibnu Ummu Maktum untuk menggantikan beliau mengimami orang-orang, padahal ia seorang buta. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Dawud.

Hadis serupa juga terdapat dalam riwayat Ibnu Hibban dari 'Aisyah r.a.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solatkanlah orang yang telah mengucapkan laa ilaaha illallah dan solatlah di belakang orang yang telah mengucapkan laa ilaaha illallaah." Riwayat Daruquthni dengan sanad lemah.

Dari Ali Ibnu Abu Tholib Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seorang di antara kamu datang untuk melakukan solat sedang imam berada dalam suatu keadaan, maka hendaklah ia mengerjakan sebagaimana yang tengah dikerjakan oleh imam." Riwayat Tirmidzi dengan sanad yang lemah.
'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Solat itu awalnya diwajibkan dua rakaat, lalu ia ditetapkan sebagai solat dalam perjalanan, dan solat di tempat disempurnakan (ditambah). Muttafaq Alaihi.

Menurut riwayat Bukhari: Kemudian beliau hijrah, lalu diwajibkan solat empat rakaat, dan solat dalam perjalanan ditetapkan seperti semula.
Ahmad menambahkan: Kecuali Maghrib kerana ia pengganjil solat siang dan Subuh kerana bacaannya dipanjangkan.

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam adakalanya mengqasar solat dalam perjalanan dan adakalanya tidak, kadangkala puasa dan kadangkala tidak. Riwayat Daruquthni. Para perawinya dapat dipercaya, hanya saja hadis ini ma'lul. Adapun yang mahfudh dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu adalah dari perbuatannya, dan dia berkata: Sesungguhnya hal itu tidak berat bagiku.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah suka bila rukhshoh (keringanan)-Nya dilaksanakan sebagaimana Dia benci bila maksiatnya dilaksanakan." Riwayat Ahmad. Hadis sahih menurut Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban. Dalam suatu riwayat: "Sebagaimana Dia suka bila perintah-perintah-Nya yang keras dilakukan."

Anas Radliyallaahu 'anhu berkata: Adalah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bila keluar bepergian sejauh tiga mil atau farsakh, beliau solat dua rakaat. Riwayat Muslim.

Anas Radliyallaahu 'anhu berkata: Pernah kami keluar bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dari Madinah ke Mekkah. Beliau selalu solat dua rakaat-dua rakaat sampai kami kembali ke Madinah. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut Bukhari.

Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menetap selama 19 hari, beliau mengqasar solat. Dalam Lafaz hadis lain: Di Mekkah selama 19 hari. Riwayat Bukhari. Dan dalam suatu riwayat menurut Abu Dawud: Tujuh belas hari. Dalam riwayat lain: Lima belas hari.

Menurut riwayat Bukhari dari Imran Ibnu Hushoin Radliyallaahu 'anhu : lapan belas hari.

Menurut riwayatnya pula dari Jabir Radliyallaahu 'anhu : Beliau menetap di Tabuk 20 hari mengqasar solat. Para perawinya dapat di percaya tetapi diperselisihkan maushul-nya.

Anas Radliyallaahu 'anhu berkata: Biasanya Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bila berangkat dalam bepergian sebelum matahari tergelincir, beliau mengakhirkan solat Zohor hingga waktu Asar. Kemudian beliau turun dan menjamak kedua solat itu. Bila matahari telah tergelincir sebelum beliau pergi, beliau solat Zohor dahulu kemudian naik kenderaan. Muttafaq Alaihi. Dalam suatu hadis riwayat Hakim dalam kitab al-Arba'in dengan sanad sahih: Beliau solat Zohor dan Asar kemudian naik kenderaan. Dalam riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Mustakhroj Muslim: Bila beliau dalam perjalanan dan matahari telah tergelincir, beliau solat Zohor dan Asar dengan jamak, kemudian berangkat.

Muadz Radliyallaahu 'anhu berkata: Kami pernah pergi bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam perang Tabuk. Beliau Solat Zohor dan Asar dengan jamak serta Maghrib dan Isya' dengan jamak. Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Jangan mengqasar solat kurang dari empat burd, yakni dari Mekkah ke Usfan." Diriwayatkan oleh Daruquthni dengan sanad lemah. Menurut pendapat yang benar hadis ini mauquf sebagaimana yang dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah.

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sebaik-baik umatku adalah mereka yang bila berbuat kesalahan memohon ampunan dan bila bepergian mengqasar solat dan membatalkan puasa." Dikeluarkan oleh Thabrani dalam Ausath dengan sanad yang lemah. Hadis tersebut juga terdapat dalam Mursal Said Ibnu al-Musayyab dengan ringkas.

Imam Ibnu Hushoin Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku mempunyai penyakit bawasir, bila aku menanyakan kepada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tentang cara solat. Beliau bersabda: "Solatlah dengan berdiri, jika tidak mampu maka dengan duduk, dan jika tidak mampu maka dengan berbaring." Riwayat Bukhari.

Jabir r.a: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah menjenguk orang sakit. Beliau melihat orang itu sedang solat di atas bantal, lalu beliau membuangnya. Beliau bersabda: "Solatlah di atas tanah bila engkau mampu, jika tidak maka pakailah isyarat, dan jadikan (isyarat) sujudmu lebih rendah daripada (isyarat) ruku'mu." Riwayat Baihaqi dan Abu Hatim membenarkan bahawa hadis ini mauquf.

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku melihat Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat dengan bersila. Riwayat Nasa'i. Menurut Al-Hakim hadis tersebut sahih.
Abdullah Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata bahawa mereka berdua mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda di atas kayu mimbarnya: "Hendaknya orang-orang itu benar-benar berhenti meninggalkan solat Jumaat, atau Allah akan menutup hati mereka, kemudian mereka benar-benar termasuk orang-orang yang lupa." Diriwayatkan oleh Muslim.

Salamah Ibnu Al-Akwa' Radliyallaahu 'anhu berkata: Kami solat bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam hari Jumaat, kemudian kami bubar pada saat tembok-tembok tidak ada bayangan untuk berteduh. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut Bukhari. Dalam Lafaz menurut riwayat Muslim: Kami solat Jumaat bersama beliau ketika matahari tergelincir kemudian kami pulang sambil mencari-cari tempat berteduh.

Sahal Ibnu Sa'ad Radliyallaahu 'anhu berkata: Kami tidak pernah tidur siang dan makan siang kecuali setelah (solat) Jumaat. Muttafaq Alaihi dengan Lafaz menurut riwayat Muslim. Dalam riwayat lain disebutkan: Pada jaman Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahawa ketika Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sedang khutbah berdiri, datanglah kafilah dagang dari negeri Syam. Lalu orang-orang menyongsongnya sehingga (dalam masjid) hanya tinggal dua belas orang. Diriwayatkan oleh Muslim.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa mendapatkan satu rakaat dari solat Jumaat atau solat lainnya, maka hendaklah ia menambah rakaat lainnya yang kurang, dan dengan itu sempurnalah solatnya." Riwayat Nasa'i, Ibnu Majah dan Daruquthni. Lafaz hadis menurut riwayat Daruquthni. Sanadnya sahih tetapi Abu Hatim menguatkan ke-mursal-an hadis ini.

Dari Jabir Ibnu Samurah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berkhutbah dengan berdiri, lalu duduk, kemudian bangun dan berkhutbah dengan berdiri lagi. Maka barangsiapa memberi tahu engkau bahawa beliau berkhutbah dengan duduk, maka ia telah bohong. Dikeluarkan oleh Muslim.

Jabir Ibnu Abdullah Radliyallaahu 'anhu berkata: Adalah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bila berkhutbah memerah kedua matanya, meninggi suaranya, dan mengeras amarahnya seakan-akan beliau seorang komandan tentera yang berkata: Musuh akan menyerangmu pagi-pagi dan petang. Beliau bersabda: "Amma ba'du, sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah Kitabullah (al-Qur'an), sebaik-baiknya petunjuk ialah petunjuk Muhammad, sejelek-jelek perkara ialah yang diada-adakan (bid'ah), dan setiap bid'ah itu sesat." Diriwayatkan oleh Muslim. Dalam suatu riwayatnya yang lain: Khutbah Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pada hari Jumaat ialah: Beliau memuji Allah dan mengagungkan-Nya, kemudian beliau mengucapkan seperti khutbah di atas dan suaru beliau keras. Dalam suatu riwayatnya yang lain. "Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada orang yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada orang yang dapat memberikan hidayah padanya." Menurut riwayat Nasa'i: "Dan setiap kesesatan itu tempatnya di neraka."

Ammar Ibnu Yasir Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya lamanya solat seseorang dan pendek khutbahnya adalah pertanda akan pemahamannya (yang mendalam)." Riwayat Muslim.

Ummu Hisyam Binti Haritsah Ibnu Al-Nu'man Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku tidak menghapal (Qof. Walqur'anil Majiid kecuali dari lidah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam yang beliau baca setiap Jumaat di atas mimbar ketika berkhutbah di hadapan orang-orang. Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa berbicara pada solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, maka ia seperti keledai yang memikul kitab-kitab. Dan orang yang berkata: Diamlah, tidak ada Jumaat baginya." Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad tidak apa-apa, sebab ia menafsirkan hadis Abu Hurairah yang marfu' dalam sahih Bukhari-Muslim.
"Jika engkau berkata pada temanmu "diamlah" pada solat Jumaat sedang imam sedang berkhutbah, maka engkau telah sia-sia."

Jabir Radliyallaahu 'anhu berkata: Ada seorang lelaki masuk pada waktu solat Jumaat di saat Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sedang berkhutbah. Maka bertanyalahg beliau: "Engkau sudah solat?" Ia menjawab: Belum. Beliau bersabda: "Berdirilah dan solatlah dua rakaat." Muttafaq Alaihi.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pada solat Jumaat biasanya membaca surat al-Jumu'ah dan al-Munafiqun. Diriwayatkan oleh Muslim.

Dalam riwayatnya pula (Muslim) bahawa Nu'man Ibnu Basyir Radliyallaahu 'anhu berkata: Biasanya beliau pada solat dua 'Id dan Jumaat membaca (Sabbihisma rabbikal a'laa) dan (Hal ataaka hadisul ghoosyiyah).

Zaid Ibnu Arqom Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat 'Id, kemudian beliau memberi keringanan untuk solat Jumaat, lalu bersabda: "Barangsiapa hendak solat, solatlah." Riwayat Imam Lima kecuali Tirmidzi. Hadis sahih menurut Ibnu Khuzaimah.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seorang di antara kamu solat Jumaat, hendaknya ia solat setelah itu empat rakaat." Riwayat Muslim

Dari Saib Ibnu Yazid Radliyallaahu 'anhu bahawa Muawiyah Radliyallaahu 'anhu pernah berkata kepadanya: Jika engkau telah solat Jumaat maka janganlah engkau menyambungnya dengan solat lain hingga engkau berbicara atau keluar, kerana Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kami demikian, yakni: Janganlah kita menyambung suatu solat dengan solat lain sehingga kita berbicara atau keluar. Riwayat Muslim.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa mandi kemudian mendatangi solat Jumaat, lalu solat semampunya, kemudian diam sampai sang imam selesai dari khutbahnya, kemudian solat bersama imam, maka diampuni dosa-dosanya antara Jumaat itu dan Jumaat berikutnya serta tiga hari setelahnya." Riwayat Muslim.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah menyebut hari Jumaat beliau bersabda: "Pada hari itu ada suatu saat jika bertepatan seorang hamba muslim berdiri untuk solat memohon kepada Allah, maka niscaya Allah akan memberikannya sesuatu." Kemudian beliau memberi isyarat dengan tangannya bahawa saat itu sebentar. Muttafaq Alaihi. Dalam suatu riwayat Muslim: "Ia adalah saat yang pendek."

Abu Burdah dari ayahnya Radliyallaahu 'anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Saat (waktu) itu ialah antara duduknya imam hingga dilaksanakannya solat." Riwayat Muslim. Daruquthni menguatkan bahawa hadis tersebut dari perkataan Abu Burdah sendiri.

Dari hadis Abdullah Ibnu Salam menurut riwayat Ibnu Majah -- dan dari Jabir menurut riwayat Abu Dawud dan Nasa'i: "Bahawa saat tersebut adalah antara solat Asar hingga terbenamnya matahari." Hadis ini dipertentangkan lebih dari empat puluh pendapat yang telah saya (Ibnu Hajar) rangkum dalam Syarah Bukhari.

Jabir Radliyallaahu 'anhu berkata: Sunnah telah berlaku bahawa pada setiap empat puluh orang ke atas wajib mendirikan solat Jumaat. Riwayat Daruquthni dengan sanad lemah.

Dari Samurah Ibnu Jundab, bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memohon ampunan untuk orang-orang yang beriman baik lelaki maupun perempuan pada setiap Jumaat. Diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad lemah.

Dari Jabir Ibnu Samurah bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pada saat khutbah membaca ayat-ayat Qur'an untuk memberi peringatan kepada orang-orang. Riwayat Abu Dawud dan asalnya dalam riwayat Muslim.

Dari Thariq Ibnu Syihab bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solat Jumaat itu hak yang wajib bagi setiap Muslim dengan berjama'ah kecuali empat orang, iaitu: budak, wanita, anak kecil, dan orang yang sakit."

Riwayat Abu Dawud. Dia berkata: Thoriq tidak mendengarnya dari Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam Dikeluarkan oleh Hakim dari riwayat Thariq dari Abu Musa.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Seorang yang bepergian itu tidak wajib solat Jumaat." Riwayat Thabrani dengan sanad lemah.

Abdullah Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam apabila telah duduk di atas Mimbar, maka beliau berhadapan dengan muka kami. Riwayat Tirmidzi dengan sanad lemah.

Menurut Ibnu Khuzaimah hadis tersebut mempunyai saksi dari hadis Bara'.
Hakam Ibnu Hazn Radliyallaahu 'anhu berkata: Kami mengalami solat Jumaat bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, beliau berdiri dengan memegang tongkat atau busur panah." Riwayat Abu Dawud.

Dari Sholeh Ibnu Khuwwat Radliyallaahu 'anhu dari seseorang yang pernah solat Khouf (solat dalam keadaan takut atau perang) bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pada hari perang Dzatir Riqo': Bahawa sekelompok sahabat Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berbaris bersama beliau dan sekelompok lain menghadapi musuh. Lalu beliau solat bersama mereka (kelompok yang berbaris) satu rakaat, kemudian beliau tetap berdiri dan mereka menyelesaikan solatnya masing-masing. Lalu mereka bubar dan berbaris menghadapi musuh. Datanglah kelompok lain dan beliau solat satu rakaat yang tersisa, kemudian beliau tetap duduk dan mereka meneruskan sendiri-sendiri, lalu beliau salam bersama mereka. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut riwayat Muslim.

Hadis ini juga terdapat dalam kitab al-Ma'rifah karangan Ibnu Mandah, dari sholeh Ibnu Khuwwat dari ayahnya.

Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku berperang bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam di jalan menuju Najed. Kami menghadapi musuh dan berbaris menghadapi mereka. Maka berdirilah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan solat bersama kami, sekelompok berdiri bersama beliau dan sekelompok lain menghadapi musuh. Beliau solat satu rakaat dengan kelompok yang bersama beliau dan sujud dua kali, kemudian mereka berpaling menuju tempat kelompok yang belum solat. Lalu mereka datang dan beliau solat satu rakaat dan sujud dua kali. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut riwayat Bukhari.

Jabir Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku pernah solat Khouf bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam Kami berbaris dua barisan, satu barisan di belakang Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, sedang musuh berada di antara kami dan kiblat. Ketika Nabi takbir kami semua ikut takbir, kemudian beliau ruku' dan kami semua ikut ruku', ketika beliau mengangkat kepala (i'tidal) dari ruku' kami semua mengangkat kepala, kemudian beliau sujud bersama barisan yang ada di belakangnya, sedang barisan lain tetap berdiri menghadapi musuh. Ketika beliau selesai sujud berdirilah barisan yang ada di belakangnya. Jabir menyebut hadis tersebut. Dalam suatu riwayat lain: Kemudian beliau sujud dan sujud pula barisan pertama, ketika mereka berdiri sujudlah barisan kedua. Kemudian perawi menyebutkan hadis yang serupa dengan hadis tadi, dan di akhir hadis disebutkan: Kemudian Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam salam dan kami semua ikut salam. Diriwayatkan oleh Muslim.

Menurut riwayat Abu Dawud dari Abu Ayyasy al-Zuraqiy ditambahkan: Kejadian itu di Usfan.

Menurut riwayat Nasa'i dari jalan lain, dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat dengan sekelompok sahabatnya dua rakaat, lalu beliau salam, kemudian solat dengan kelompok lain dua rakaat, lalu salam.

Hadis serupa diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Abu Bakrah.

Dari Hudzaifah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat khouf dengan mereka satu rakaat dan dengan mereka yang lain satu rakaat, dan mereka tidak mengqadla. Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa'i. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban.

Hadis serupa diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Solat khouf itu satu rakaat dalam keadaan bagaimanapun." Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang lemah.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu dalam hadis yang marfu': Dalam solat khouf tidak ada sujud sahwi. Dikeluarkan oleh Daruquthni dengan sanad yang lemah.
Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hari Raya Fitri adalah hari orang-orang berbuka dan hari raya Adlha adalah hari orang-orang berkurban." Riwayat Tirmidzi.

Dari Abu Umairah Ibnu Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu dari paman-pamannya di kalangan shahabat bahawa suatu kafilah telah datang, lalu mereka bersaksi bahawa kemarin mereka telah melihat hilal (bulan sabit tanggal satu), maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan mereka agar berbuka dan esoknya menuju tempat solat mereka. Riwayat Ahmad dan Abu Dawud. Lafaznya menurut Abu Dawud dan sanadnya sahih.

Anas Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tidak berangkat (menuju tempat solat) pada hari raya Fitri, sehingga beliau memakan beberapa buah kurma. Dikeluarkan oleh Bukhari. Dan dalam riwayat mu'allaq (Bukhari) yang bersambung sanadnya menurut Ahmad: Beliau memakannya satu persatu.

Dari Ibnu Buraidah dari ayahnya Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tidak keluar pada hari raya Fitri sebelum makan dan tidak makan pada hari raya Adlha sebelum solat. Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban.

Ummu Athiyyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Kami diperintahkan mengajak keluar gadis-gadis dan wanita-wanita haid pada kedua hari raya untuk menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum muslimin, wanita-wanita yang haid itu terpisah dari tempat solat. Muttafaq Alaihi.

Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, Abu Bakar, dan Umar selalu solat dua hari raya Fitri dan Adlha sebelum khutbah. Muttafaq Alaihi.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat pada hari raya dua rakaat, beliau tidak melakukan solat sebelum dan setelahnya. Dikeluarkan oleh Imam Tujuh.

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat hari raya tanpa azan dan iqamah. Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan asalnya dalam riwayat Bukhari.

Dari Abu Said Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tidak melakukan solat apapun sebelum solat hari raya, bila beliau kembali ke rumahnya beliau solat dua rakaat. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad hasan.

Dari Abu Said Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam keluar pada hari raya Fitri dan Adlha ke tempat solat, sesuatu yang beliau dahulukan adalah solat, kemudian beliau berpaling dan berdiri menghadap orang-orang, orang-orang masih tetap pada safnya, lalu beliau memberikan nasehat dan perintah kepada mereka. Muttafaq Alaihi.

Dari Amar Ibnu Syuaib dari ayahnya dari kakeknya Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Takbir dalam solat hari raya Fitri adalah tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua, dan bacalah al-fatihah dan surat adalah setelah kedua-duanya." Dikeluarkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi mengutipnya dari sahih Bukhari.

Dari Abu waqid al-Laitsi Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam solat hari raya Fitri dan Adlha biasanya membaca surat Qof dan Iqtarabat. Dikeluarkan oleh Muslim.

Jabir Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pada hari raya biasanya mengambil jalan yang berlainan. Dikeluarkan oleh Bukhari.
Abu Dawud juga meriwayatkan hadis serupa dari Ibnu Umar.

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tiba di Madinah dan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari untuk bermain-main. Maka beliau bersabda: "Allah telah menggantikan dua hari tersebut dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Adlha dan Fitri." Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Nasa'i dengan sanad yang sahih.

Ali Radliyallaahu 'anhu berkata: Termasuk sunnah Rasul adalah keluar menuju solat hari raya dengan berjalan kaki. Hadis hasan riwayat Tirmidzi.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa mereka mengalami hujan pada hari raya, maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam solat hari raya bersama mereka di masjid. Riwayat Abu Dawud dengan sanad lemah.

Al-Mughirah Ibnu Syu'bah Radliyallaahu 'anhu berkata: Pada zaman Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah terjadi gerhana matahari iaitu pada hari wafatnya Ibrahim. Lalu orang-orang berseru: Terjadi gerhana matahari kerana wafatnya Ibrahim. Maka Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak terjadi gerhana kerana kematian dan kehidupan seseorang. Jika kalian melihat keduanya berdo'alah kepada Allah dan solatlah sampai kembali seperti semula." Muttafaq Alaihi. Menurut riwayat Bukhari disebutkan: "Sampai terang kembali."

Menurut riwayat Bukhari dari hadis Abu Bakrah Radliyallaahu 'anhu : "Maka solatlah dan berdoalah sampai kejadian itu selesai atasmu."

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengeraskan bacaannya dalam solat gerhana, beliau solat empat kali ruku' dalam dua rakaat dan empat kali sujud. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut Muslim. Dalam riwayat Muslim yang lain: Lalu beliau menyuruh seorang penyeru untuk menyerukan: Datanglah untuk solat berjama'ah.

Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu berkata: Terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, maka beliau solat, beliau berdiri lama sekitar lamanya bacaan surat al-Baqarah, kemudian ruku' lama, lalu bangun dan berdiri lama namun lebih pendek dibandingkan berdiri yang pertama, kemudian ruku' lama namun lebih pendek dibanding ruku' yang pertama, lalu sujud, kemudian berdiri lama namun lebih pendek dibanding berdiri yang pertama, lalu ruku' lama namun lebih pendek dibandingkan ruku' yang pertama, kemudian bangun dan berdiri lama namun lebih pendek dibanding berdiri yang pertama, lalu ruku' lama namun lebih pendek dibanding ruku' yang pertama, kemudian beliau mengangkat kepala lalu sujud, kemudian selesailah dan matahari telah terang, lalu beliau berkhutbah di hadapan orang-orang.

Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut Bukhari. Dalam suatu riwayat Muslim: Beliau solat ketika terjadi gerhana matahari delapan ruku' dalam empat sujud.
Dari Ali Radliyallaahu 'anhu juga ada hadis semisalnya.

Dalam riwayat Bukhari dari Jabir: Beliau solat enam ruku' dengan empat sujud.
Menurut riwayat Abu Dawud dari Ubay Ibnu Ka'ab Radliyallaahu 'anhu : Beliau solat lalu ruku' lima kali dan sujud dua kali, dan melakukan pada rakaat kedua seperti itu.

Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu berkata: Tidak berhembus angin sedikitpun kecuali Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berlutut di atas kedua lututnya, seraya berdoa: "Ya Allah jadikan ia rahmat dan jangan jadikan ia siksa." Riwayat Syafi'i dan Thabrani. Dari dia Radliyallaahu 'anhu : Bahawa beliau solat dengan enam ruku' dan empat sujud ketika terjadi gempa bumi, dan beliau bersabda: "Beginilah cara solat (jika terlihat) tanda kekuasaan Allah." Diriwayatkan oleh Baihaqi. Syafi'i juga menyebut hadis seperti itu dari Ali Ibnu Abu Thalib namun tanpa kalimat akhirnya.

Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam keluar dengan rendah diri, berpakaian sederhana, khusyu', tenang, berdoa kepada Allah, lalu beliau solat dua rakaat seperti pada solat hari raya, beliau tidak berkhutbah seperti pada solat hari raya, beliau tidak berkhutbah seperti khutbahmu ini. Riwayat Imam Lima dan dinilai sahih oleh Tirmidzi, Abu Awanah, dan Ibnu Hibban.

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu : Bahawa orang-orang mengadu kepada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tentang tidak turunnya hujan. Beliau menyuruh mengambil mimbar dan meletakkannya di tempat solat, lalu beliau menetapkan hari dimana orang-orang harus keluar. Beliau keluar ketika mulai tampak sinar matahari. Beliau duduk di atas mimbar, bertakbir dan memuji Allah, kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya kalian telah mengadukan kekeringan negerimu padahal Allah telah memerintahkan kalian agar berdoa kepada-Nya dan Dia berjanji akan mengabulkan doamu. Lalu beliau berdoa, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang merajai hari pembalasan, tidak ada Tuhan selain Allah yang melakukan apa yang Ia kehendaki, ya Allah Engkaulah Allah tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau Mahakaya dan kami orang-orang fakir, turunkanlah pada kami hujan, dan jadikan apa yang Engkau turunkan sebagai kekuatan dan bekal hingga suatu batas yang lama." Kemudian beliau mengangkat kedua tangannya terus menerus hingga tampak warna putih kedua ketiaknya, lalu beliau masih membelakangi orang-orang dan membalikkan selendangnya dan beliau masih mengangkat kedua tangannya. Kemudian beliau menghadap orang-orang dan turun, lalu solat dua rakaat. Lalu Allah mengumpulkan awan, kemudian terjadi guntur dan kilat, lalu turun hujan. Riwayat Abu Dawud. Dia berkata: Hadis ini gharib dan sanadnya baik.

Mengenai kisah membalikkan selendang dalam sahih Bukhari dari hadis Abdullah Ibnu Zaid di dalamnya disebutkan: Lalu beliau menghadap kiblat dan berdoa, kemudian solat dua rakaat dengan bacaan yang keras.

Menurut riwayat Daruquthni dari hadis mursal Abu Ja'far al-Baqir: Beliau membalikkan selendang itu agar musim kemarau berganti (dengan musim hujan).

Dari Anas bahawa ada seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat di saat Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berdiri memberikan khutbah, lalu orang itu berkata: Ya Rasulullah, harta benda telah binasa, jalan-jalan putus, maka berdoalah kepada Allah agar Dia memberikan kita hujan. Lalu beliau mengangkat kedua tangannya dan berdoa: "Ya Allah turunkanlah hujan pada kami, ya Allah turunkanlah hujan kepada kami." Lalu dia meneruskan hadis itu dan didalamnya ada doa agar Allah menahan awan itu. Muttafaq Alaihi.

Dari Anas bahawa Umar Radliyallaahu 'anhu bila orang-orang ditimpa kemarau ia memohon hujan dengan tawasul (perantaraan Abbas Ibnu Abdul Mutholib. Ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya kami dahulu memohon hujan kepada-Mu dengan perantaraan Nabi kami, lalu Engkau beri kami hujan, dan sekarang kami bertawasul kepada-Mu dengan paman Nabi kami, maka berilah kami hujan. Lalu diturunkan hujan kepada mereka. Riwayat Bukhari.

Dari dia Radliyallaahu 'anhu bahawa dia berkata: Kami bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah kehujanan, lalu beliau membuka bajunya sehingga badan beliau terkena hujan. Beliau bersabda: "Sesungguhnya hujan ini baru datang dari Tuhannya." Riwayat Muslim.

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bila melihat hujan, beliau berdoa: "Ya Allah curahkanlah hujan yang bermanfaat." Dikeluarkan oleh Bukhari-Muslim.

Dari Sa'ad Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berdoa sewaktu memohon hujan: "Ya Allah ratakanlah bagi kami awan yang tebal, berhalilintar, yang deras, berkilat, yang menghujani kami dengan rintik-rintik, butir-butir kecil yang banyak siramannya, wahai Dzat yang Maha Agung dan Mulia." Riwayat Abu Awanah dalam kitab sahihnya.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Nabi Sulaiman pernah keluar untuk memohon hujan, lalu beliau melihat seekor semut terlentang di atas punggungnya dengan kaki-kakinya terangkat ke langit seraya berkata: "Ya Allah kami adalah salah satu makhluk-Mu yang bukan tidak membutuhkan siraman airmu. Maka Nabi Sulaiman berkata: Pulanglah, kamu benar-benar akan diturunkan hujan kerana doa makhluk selain kamu."

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memohon hujan, lalu beliau memberi isyarat dengan punggung kedua telapak tangannya ke langit. Dikeluarkan oleh Muslim.

Dari Abu Amir al-Asy'ari Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya akan ada di antara umatku kaum yang menghalalkan kemaluan dan sutra." Riwayat Abu Dawud dan asalnya dalam riwayat Bukhari.

Hudzaifah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang kami minum dan makan dalam tempat terbuat dari emas dan perak, memakai pakaian dari sutera tipis dan tebal, serta duduk di atasnya. Riwayat Bukhari.
Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang memakai sutera kecuali sebesar dua, tiga, atau empat jari. Muttafaq Alaihi dan Lafaznya menurut Muslim.

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memberi keringanan kepada Abdurrahman Ibnu Auf dan Zubair untuk memakai pakaian sutera dalam suatu bepergian kerana penyakit gatal yang menimpa mereka. Muttafaq Alaihi.
Ali Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah memberiku pakaian dari campuran sutera. Lalu aku keluar dengan menggunakan pakaian itu dan kulihat kemarahan di wajah beliau, maka aku bagikan pakaian itu kepada wanita-wanita di rumahku. Muttafaq Alaihi dan Lafaz hadis ini menurut Muslim.

Dari Abu Musa Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Emas dan sutera itu dihalalkan bagi kaum wanita umatku dan diharamkan bagi kaum prianya." Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Tirmidzi. Hadis sahih menurut Tirmidzi.

Dari Imran Ibnu Hushoin Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah itu senang bila memberikan suatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia melihat bekas nikmat-Nya itu padanya." Riwayat Baihaqi.

Dari Ali Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang memakai pakaian yang ada suteranya dan yang dicelup kuning. Riwayat Muslim.

Abdullah Ibnu Amar Radliyallaahu 'anhu berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melihat kepadaku dua pakaian yang dicelup kuning, lalu beliau bertanya: "Apakah ibumu menyuruhmu seperti ini?" Riwayat Muslim.

Dari Asma Binti Abu Bakar Radliyallaahu 'anhu bahawa dia mengeluarkan jubah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam yang saku, dua lengan, dan dua belahannya bersulam sutera. Riwayat Abu Dawud. Asalnya dari riwayat Muslim, dan dia menambahkan: Jubah itu disimpan di tempat 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu hingga dia wafat, lalu aku mengambilnya. Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasa mengenakannya dan kami mencucinya untuk mengobati orang sakit. Bukhari menambahkan dalam kitab al-Adabul Mufrad: Beliau biasa mengenakannya untuk menemui utusan di hari Jumaat.