إعلان

'NALURI IBLIS'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

Bersama Ustaz Mohd Zawawi Jusoh (Pendakwah) akan membincangkan tajuk ‘Naluri Iblis.

Berdasarkan surah Yunus, ayat 44 yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”



Pembunuhan adalah suatu tindakan untuk menghilangkan nyawa seseorang dengan cara yang melanggar hukum. Pembunuhan biasanya berlaku disebabkan motif politik, cemburu, dendam, membela diri dan sebagainya. Ia dilakukan dengan berbagai cara misalnya dengan menggunakan senjata api atau senjata tajam.

Membuang bayi, penderaan dan pembunuhan merupakan sifat zalim yang lahir daripada naluri iblis.

Al-kuliyyah cuba membincangkan sebab musabab berlakunya kezaliman seperti ini berlandaskan psikologi dan sudut pandangan Islam.

Renungkanlah beberapa petikan ayat Al-Quran :

Surah Ar-Rum ayat 57 yang bermaksud : “Maka pada hari itu tidak bermanfaat (lagi) bagi orang-orang zalim yang permintaan uzur mereka, dan tidak pula mereka diberi kesempatan bertaubat lagi.”

Surah Asy-Syura ayat 40 yang bermaksud : “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.”

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 1 Oktober 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.