
ISTANA ARAU, PERLIS
KETIBAAN DYTM RAJA MUDA PERLIS DAN RAJA PUAN MUDA SERTA ANAKANDA DI BALAIRONG SERI
SIARAN LANGSUNG AL-KULIYYAH BERMULA
DARI KIRI : UST. MOHD FAUZI MUSTAFFA, UST. MOHD NIZAM DAN USTAZAH ASNI MANSOR
ANTARA TETAMU KEHORMAT YANG HADIR
UST. FAUZI MENERIMA KURNIA DARIPADA DYTM RAJA MUDA PERLIS
USTAZ MOHD NIZAM
USTAZAH ASNI
WAN FARID WAN MOHAMED (PENERBIT)
KREW PENERBITAN BERGAMBAR BERSAMA PANELIS
DATUK AHMAD A.TALIB MEMBERI UCAPAN TAHNIAH KEPADA PENERBIT
DYTM RAJA MUDA PERLIS PULA MEMBERIKAN TITAH UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATUK AHMAD A.TALIB
KREW PENERBITAN, PANELIS DAN DYTM RAJA MUDA DAN RAJA PUAN MUDA SERTA ANAKANDA BERGAMBAR KENANGAN
Jurugambar : Khairul Azhar Ahmad
Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran dari Balairong Seri, Istana Arau, Perlis Indera Kayangan.
'Orang Sebelah’ bakal mengupas mengenai pengertian sebenar jiran, hak mereka dan bagaimana menyuburkan silaturrahim sesama jiran.
Tuntutan kerja, mementingkan diri sendiri dan sikap tidak suka ‘jaga tepi kain orang’, antara sebab hilangnya hubungan baik sesama jiran.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.”
Panelis minggu ini, Ustaz Nidzam Abdul Kadir (pensyarah UIAM) dan Ustazah Asni Mansor (pendakwah bebas) bakal menghurai permasalahan jiran dan cuba memberikan jalan penyelesaiannya.
Pengacara Al-Kuliyyah, Ustaz Fauzi Mustafa pastinya akan berusaha mengajak kedua-dua panelis agar lebih fokus kepada tajuk perbincangan kali ini.
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis dijadualkan akan mencemar duli bagi menyaksikan siaran langsung Al-Kuliyyah ini pada jam 5 hingga 6 petang, jumaat, 28 Mei 2010.