إعلان

'BELANJA IKUT MAMPU'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.



Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh (Pendakwah) dan Datuk Dr. Ma’amor Othman (Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia) akan membincangkan tajuk ‘Belanja Ikut Mampu’.

Berdasarkan surah Al-Isra’, ayat 27 yang bermaksud : “Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”

Ayat ini menjelaskan bahawa Islam mendidik umatnya agar berbelanja mengikut kemampuan diri dan melarang dari sifat membazir serta boros yang dianggap sebagai saudara syaitan.



Berdasarkan surah Al-Nisa’, ayat 29 yang bermaksud :”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”

Kita perlu menghayati tuntutan Islam untuk menjadi pengguna yang bijak manakala peniaga pula perlu adil dalam mencari keuntungan.



Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 13 Ogos 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.