إعلان

"SYARIAT KENDURI"

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

Bersama Ustaz Haslin Baharim (Pendakwah) akan membincangkan tajuk ‘Syariat Kenduri’. Ia bakal mengupas mengenai apa yang menjadi tuntutan syariat dalam majlis kenduri dan apa pula yang sekadar adat sahaja.

Sempena musim cuti sekolah ini, Al-Kuliyyah cuba menarik perhatian masyarakat Islam yang ingin mengadakan kenduri perkahwinan supaya dapat menilai antara yang hak dan yang batil.



Firman Allah SWT dalam surah Al-Insaan ayat 8 hingga 10 yang bermaksud : “Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang ada padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut”.



Namun Allah SWT tidak melarang umat Islam mengamalkan mana-mana adat selagi ia tidak bertentangan dengan syarak.

Mafhum hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Dari Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW melihat ramai wanita dan kanak-kanak kembali dari suatu pesta perkahwinan, lalu beliau berdiri dengan gembira sambil berkata : “Wahai Tuhan! Kamu ini semua termasuk dalam golongan orang-orang yang paling saya cintai”. (Hadis riwayat Bukhari)

Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 11 Jun 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.