إعلان

KAABAH : LAMA DAN BARU




'NALURI IBLIS'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

Bersama Ustaz Mohd Zawawi Jusoh (Pendakwah) akan membincangkan tajuk ‘Naluri Iblis.

Berdasarkan surah Yunus, ayat 44 yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”



Pembunuhan adalah suatu tindakan untuk menghilangkan nyawa seseorang dengan cara yang melanggar hukum. Pembunuhan biasanya berlaku disebabkan motif politik, cemburu, dendam, membela diri dan sebagainya. Ia dilakukan dengan berbagai cara misalnya dengan menggunakan senjata api atau senjata tajam.

Membuang bayi, penderaan dan pembunuhan merupakan sifat zalim yang lahir daripada naluri iblis.

Al-kuliyyah cuba membincangkan sebab musabab berlakunya kezaliman seperti ini berlandaskan psikologi dan sudut pandangan Islam.

Renungkanlah beberapa petikan ayat Al-Quran :

Surah Ar-Rum ayat 57 yang bermaksud : “Maka pada hari itu tidak bermanfaat (lagi) bagi orang-orang zalim yang permintaan uzur mereka, dan tidak pula mereka diberi kesempatan bertaubat lagi.”

Surah Asy-Syura ayat 40 yang bermaksud : “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.”

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 1 Oktober 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.




'LAILATUL QADAR'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

'Lailatul Qadar’ bakal mengupas mengenai pengertian sebenar lailatul qadar, kelebihan dan bagaimana mengenali lailatul qadar.

Keutamaan Lailatul Qadar Allah berfirman, "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (al-Qadr: 1-5)



Barangsiapa solat malam pada malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan harapan pahala dari Allah maka akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu. (Bukhari)

Panelis minggu ini, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (pendakwah bebas) bakal menghurai hadis dan ayat Al-Quran yang berkaitan Lailatul Qadar.

Pengacara Al-Kuliyyah, Ustaz Fauzi Mustafa pastinya akan berusaha mengajak panelis agar lebih fokus kepada tajuk perbincangan kali ini.

Saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah ini pada jam 5 hingga 6 petang, jumaat, 3 September 2010.




'BELANJA IKUT MAMPU'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.



Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh (Pendakwah) dan Datuk Dr. Ma’amor Othman (Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia) akan membincangkan tajuk ‘Belanja Ikut Mampu’.

Berdasarkan surah Al-Isra’, ayat 27 yang bermaksud : “Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”

Ayat ini menjelaskan bahawa Islam mendidik umatnya agar berbelanja mengikut kemampuan diri dan melarang dari sifat membazir serta boros yang dianggap sebagai saudara syaitan.



Berdasarkan surah Al-Nisa’, ayat 29 yang bermaksud :”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”

Kita perlu menghayati tuntutan Islam untuk menjadi pengguna yang bijak manakala peniaga pula perlu adil dalam mencari keuntungan.



Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 13 Ogos 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.




'UKHUWAH'



Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran (Siaran Rakaman) dari Dataran Aqabah di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Pasir Gudang, Johor bersempena perisytiharan Pasir Gudang sebagai Majlis Perbandaran .



Bersama Ustaz Jazlan Abdullah (Pendakwah) dan Ustaz Hj. Hanafiah Abdul Razak (Pegawai Syarie Jabatan Mufti Johor) akan membincangkan tajuk ‘Ukhuwah’.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian saling hasut, saling najsy (memuji barang dagangan secara berlebihan), saling benci, saling berpaling, dan janganlah sebahagian di antara kalian berjual beli kepada orang yang sedang berjual beli dengan sebahagian yang lain, dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menganiaya, tidak mengecewakannya, dan tidak menghinanya. Takwa itu ada di sini -beliau menunjuk ke dadanya tiga kali- Sudah termasuk kejahatan seseorang bila ia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim bagi muslim lainnya adalah haram baik darahnya, hartanya dan kehormatannya." Riwayat Muslim

Hadis riwayat Ibnu Umar RA : Bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat”. Riwayat Muslim

Surah Ali ‘Imran, ayat 103 yang bermaksud :” Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”.

Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan Al-Kuliyyah pada Jumaat, 6 Ogos 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.




'TAKSUB'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

Bersama Dr. Uthman El-Muhammady (Felo Yang Amat Utama ISTAC) dan Ustaz Mohammad Nidzam Abd Kadir (http://nidzamkadir.blogspot.com/) (Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM) akan membincangkan tajuk ‘Taksub’.





Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Berhati-hatilah kamu daripada ghulu (melampau) dalam agama kerana sesungguhnya orang sebelum kamu telah dihancurkan disebabkan sikap melampau mereka dalam agama.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Terdapat golongan yang menggunakan konsep persaudaraan Islam sebagaimana yang terkandung dalam Surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :” Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” sebagai alasan untuk bergerak aktif dalam satu-satu kelompok gerakan (jemaah) sahaja. Bagi mereka, hanya kelompok mereka sahajalah paling betul dan kelompok lain perlu mencontohi cara mereka menggerakkan dan mengendalikan kerja-kerja dakwah dan amal.

Surah Hud, ayat 112 yang bermaksud :” Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 30 Julai 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.




'TERAPI JIWA'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.



Bersama Ustaz Mohd Zawawi Jusoh (Pendakwah) akan membincangkan tajuk ‘Terapi Jiwa’.

Berdasarkan surah Al-Ahzab, ayat 33 yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.”

Berdasarkan surah Al-Anfaal, ayat 45 yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”

Berdasarkan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “Mahukah Aku beritahu amalanmu yang terbaik, yang paling tinggi dalam darjatmu, paling bersih di sisi Allah serta lebih baik dari menerima emas dan perak dan lebih baik bagimu daripada berperang dengan musuhmu yang kamu potong lehernya atau mereka memotong lehermu? Para sahabat lalu menjawab, "Ya." Nabi SAW berkata,"Zikrullah." (Ahmad dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud : “Dua kalimat ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan dan disukai oleh (Allah) Arrahman, yaitu kalimat: "Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil 'Adzhim" (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah yang Maha Agung). (Al-Bukhari)

Hadis riwayat Abu Hurairah RA : Dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki banyak malaikat yang selalu mengadakan perjalanan yang jumlahnya melebihi malaikat pencatat amal, mereka senantiasa mencari majlis-majlis zikir. Apabila mereka mendapati satu majlis zikir, maka mereka akan ikut duduk bersama mereka dan mengelilingi dengan sayap-sayapnya hingga memenuhi jarak antara mereka dengan langit dunia. Apabila para peserta majlis telah bersurai mereka naik menuju ke langit. Baginda menambah lagi: Lalu Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menanyakan mereka padahal Dia lebih mengetahui daripada mereka: Dari manakah kamu sekalian? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia yang sedang menyucikan, mengagungkan, membesarkan, memuji dan memohon kepada Engkau. Allah bertanya lagi: Apa yang mereka mohonkan kepada Aku? Para malaikat itu menjawab: Mereka memohon syurgaMu. Allah bertanya lagi: Apakah mereka sudah pernah melihat surgaKu? Para malaikat itu menjawab: Belum wahai Tuhan kami. Allah berfirman: Apalagi jika mereka telah melihat surgaKu? Para malaikat itu berkata lagi: Mereka juga memohon perlindungan kepadaMu. Allah bertanya: Dari apakah mereka memohon perlindunganKu? Para malaikat menjawab: Dari nerakaMu, wahai Tuhan kami. Allah bertanya: Apakah mereka sudah pernah melihat nerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Apalagi seandainya mereka pernah melihat nerakaKu? Para malaikat itu melanjutkan: Dan mereka juga memohon ampunan dariMu. Baginda bersabda kemudian Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka dan sudah memberikan apa yang mereka minta dan Aku juga telah memberikan perlindungan kepada mereka dari apa yang mereka takutkan. Baginda melanjutkan lagi lalu para malaikat itu berkata: Wahai Tuhan kami! Di antara mereka terdapat si Fulan yaitu seorang yang penuh dosa yang kebetulan lewat lalu duduk ikut berzikir bersama mereka. Baginda bersabda lalu Allah menjawab: Aku juga telah mengampuninya kerana mereka adalah kaum yang tidak akan sengsara orang yang ikut duduk bersama mereka. (Shahih Muslim No.4854)
Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 23 Julai 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.