إعلان

Memaparkan catatan dengan label pukau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pukau. Papar semua catatan

'KREATIF BERAKHLAK'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Dataran Putra, Putrajaya.

Sempena sambutan Hari Belia Negara, Ustaz Zahazan Mohamed(Pendakwah) dan Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet) akan membincangkan tajuk ‘Kreatif Berakhlak'.

Ia bakal mengupas ciri-ciri belia yang cemerlang bukan sahaja dari segi pencapaian akademik dan sosial, malah turut menampilkan akhlak murni seorang Islam sebagai jati diri.

Baginda S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat, hingga disoal tentang empat perkara, iaitu usianya dihabiskan pada apa, masa mudanya diperjuangkan untuk apa, sumber hartanya dari mana dan ke mana dibelanjakan dan akhir sekali ilmunya dimanfaatkan untuk apa”. (Riwayat At-Tabrani)

Usia belia dan remaja adalah waktu paling penting dalam kehidupan manusia, ketika inilah manusia diberi kelebihan dari segi kekuatan fizikal dan mental.

Maksud firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 54 : "Allah menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas keadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 14 Mei 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.

Kepada warga Putrajaya dan sekitarnya, datanglah beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu ini.

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana sudi menaja Al-Kuliyyah pada minggu ini, khususnya kepada Ustaz Farid Hadi yang bertungkus lumus menjayakannya.




Dataran Putra, Putrajaya


Dataran Putra dan Masjid Putra




'SUSUK'

Minggu ini, Al-Kuliyyah seperti biasa akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas TV3.

Ustaz Sharhan Shafie (Pengamal Perubatan Islam) dan Cik Aini(Pemakai Susuk) akan membincangkan tajuk 'Susuk'.

Ia bakal mengupas erti sebenar susuk, jenis-jenis, kegunaan dan keburukannya dalam Islam.

Cik Aini akan berkongsi pengalaman dan kisah hitamnya, terjebak dalam dunia 'fantasi'nya.

Eksklusif : Ustaz Sharhan akan melakukan demonstrasi mengeluarkan susuk daripada badan Cik Aini secara langsung.

Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak kedua-dua panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 7 Mei 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.




'CARI MAKAN'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

Sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2010, Ustaz Muhammad Abdullah (Pendakwah) akan membincangkan tajuk ‘Cari Makan’.

Ia bakal mengupas mengenai adab mencari rezeki yang berkat menurut Islam.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang Fardu (seperti solat, puasa dll)". (Riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi)

Baginda S.A.W. bersabda lagi yang bermaksud : “Sesungguhnya terdapat dosa-dosa yang tidak dapat dihapuskan dengan pahala solat, sedekah atau haji, namun ia dapat dihapuskan dengan kesusahan dalam mencari nafkah”. (Riwayat At-Tabrani)

Antara persoalan yang bakal diketengahkan adalah : Bagi golongan pekerja yang makan gaji, tanggungjawab utamanya adalah dengan majikan, namun bagaimana pula sekiranya mereka mencari rezeki tambahan dengan kerja sampingan. Apa syarat yang ditentukan Islam dalam perkara begini ?

Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.






Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 30 April 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.

'PUKAU'

Minggu lalu (16 April 2010), Al-Kuliyyah bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama. Dengan gandingan Ustaz Hj. Abdul Rashid Ahmad (Pendakwah/Pengamal Perubatan Islam) dan Encik Helminiry Had Hj. Sabtu (Presiden Akademi Hipnosis Malaysia), Al-Kuliyyah kali ini membincangkan tajuk 'Pukau'. Ia mengupas mengenai ilmu pukau dan perbezaannya dengan hipnosis. Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa mengajak kedua-dua panelis membincangkan maksud ayat 102 Surah Al-Baqarah.
Menurut huraian Datuk Haji Muhammad Noor (Penyemak Kitab Tafsir Pimpinan Rahman) : "Ayat ini (102 Surah Al-Baqarah) menjadi dalil yang menunjukkan bahawa tiap-tiap sesuatu yang dijadikan Allah Ta'ala mempunyai kuasa tenaga yang terdapat dalam sesuatu benda itu.
Ilmu Sihir itu memang ada mengandungi hikmat yang Tuhan berikan bagi melahirkan sesuatu perkara yang dapat memberi sesuatu kesan seperti pembenci atau pengasih.
Sila rujuk penerangan seterusnya dalam Tafsir Pimpinan Rahman halaman 40 hingga 41.
Menurut Kamus Dewan, Hipnosis bermaksud keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidak sedar tetapi masih boleh berkomunikasi dengan pihak yang menjadikannya demikian. Sementara pukau pula bermaksud jampi serapah yang digunakan untuk memabukkan orang atau membuat orang tidur lelap atau hilang akal, tak dapat berkata apa-apa.

Dari Kiri : Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa (Perantara), Encik Helminiry dan salah seorang penonton. Penonton telah dihipnosis.

Ustaz Abdul Rashid Ahmad

Penonton dari Wanita Bukit Sentosa, Rawang, Selangor dan Kumpulan Nur Sohabah, Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor