إعلان

'ANAK SIAPA'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran di Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

'Anak Siapa' bakal mengupas masalah pembuangan anak di kalangan masyarakat Islam kini. Bagaimana dan mengapa perkara terkutuk ini berlaku dan apa pendekatan Islam bagi menanganinya?

Kes pembuangan anak pastinya berkait rapat dengan kelahiran anak luar nikah akibat zina. Peringatan mengenai keburukan zina amat jelas melalui firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 32 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".

Antaranya ia merosakkan nasab keturunan, mengembangkan penyakit yang berbahaya, menimbulkan pergaduhan dan pembunuhan.

Panelis minggu ini, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam) seorang pendakwah dan Haji Hushim Salleh seorang pakar motivasi terkenal tanahair.

Pengacara Al-Kuliyyah, Ustaz Fauzi Mustafa pastinya akan mengajak panelis mencari penyelesaian dan memberi panduan kepada mereka yang terlibat dalam situasi ini.

Jangan lupa saksikan Al-Kuliyyah jumaat ini 21 Mei 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.