إعلان

'KALAM SYURGA'

SAKSIKAN DOKUMENTARI 'KALAM SYURGA' PADA AHAD, 5 FEBRUARI 2012 JAM 12.30 TENGAHARI DI TV9







Wee Soo Yen, remaja Hokkien kelahiran Bachok, Kelantan amat mencintai Bahasa Arab (Kalam Syurga/Bahasa Syurga). Minatnya berputik setelah dia melihat rakan-rakan beragama Islam mempelajari tulisan Jawi ketika di sekolah rendah.

Pada usia seawal 7 tahun,

PEMBAHAGIAN JUZ








Urutan pembahagian juz dalam Al Quran:
(Contoh : Juz ke-5 bermula ayat ke-24 dalam Surah An Nisaa')

1 Al Faatihah 1
2 Al Baqarah 142
3 Al Baqarah 253
4 Ali 'Imran 92
5 An Nisaa' 24
6 An Nisaa' 148
7 Al Maa-idah 83
8 Al An'aam 11
9 Al A'raaf 88
10 Al Anfaal 41
11 At Taubah 94
12 Huud 6
13 Yusuf 53
14 Al Hijr 2
15 Al Israa' 1
16 Al Kahfi 75
17 Al Anbiyaa' 1
18 Al Mu'minuun 1
19 Al Furqaan 21
20 An Naml 60
21 Al 'Ankabuut 45
22 Al Ahzab 31
23 Yaasiin 22
24 Az Zumar 32
25 Fushshilat 47
26 Al Ahqaaf 1
27 Adz Dzaariyaat 31
28 Al Mujaadilah 1
29 Al Mulk 1
30 An Naba' 1

PEMODENAN DI MAKKAH

Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai ABRAJ AL-BAIT dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara-menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia.







Sistem MONOREL Al Mashaaer Al Muqaddassah Metro Southern Line atau Mekah Metro siap sepenuhnya untuk beroperasi.

Perkhidmatan itu sekaligus dapat mengurangi kesesakan jalan raya untuk jemaah bergerak ke padang Arafah bagi melakukan wukuf.

Menurut Penolong Pengurus Stesen Arafah Satu, Yuszaini Mohd Yusop,berbanding tahun lalu operasinya hanya 35 peratus.

HADIS PUASA




Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari, kecuali bagi orang yang terbiasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa." Muttafaq Alaihi.

Ammar Ibnu Yasir Radliyallaahu 'anhu berkata: Barangsiapa berpuasa pada hari yang meragukan, maka ia telah durhaka kepada Abdul Qasim (Muhammad) Shallallaahu 'alaihi wa Sallam Hadits mu'allaq riwayat Bukhari, Imam Lima menilainya maushul, sedang Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban menilainya hadits shahih.

Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila engkau sekalian melihatnya (bulan) berpuasalah, dan apabila engkau sekalian melihatnya (bulan) berbukalah, dan jika awan menutupi kalian maka perkirakanlah." Muttafaq Alaihi. Menurut riwayat Muslim: "Jika awan menutupi kalian maka perkirakanlah tiga puluh hari." Menurut riwayat Bukhari: "Maka sempurnakanlah hitungannya menjadi tigapuluh hari."

Menurut riwayatnya dari hadits Abu Hurairah:

KAABAH : LAMA DAN BARU




'NALURI IBLIS'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

Bersama Ustaz Mohd Zawawi Jusoh (Pendakwah) akan membincangkan tajuk ‘Naluri Iblis.

Berdasarkan surah Yunus, ayat 44 yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”



Pembunuhan adalah suatu tindakan untuk menghilangkan nyawa seseorang dengan cara yang melanggar hukum. Pembunuhan biasanya berlaku disebabkan motif politik, cemburu, dendam, membela diri dan sebagainya. Ia dilakukan dengan berbagai cara misalnya dengan menggunakan senjata api atau senjata tajam.

Membuang bayi, penderaan dan pembunuhan merupakan sifat zalim yang lahir daripada naluri iblis.

Al-kuliyyah cuba membincangkan sebab musabab berlakunya kezaliman seperti ini berlandaskan psikologi dan sudut pandangan Islam.

Renungkanlah beberapa petikan ayat Al-Quran :

Surah Ar-Rum ayat 57 yang bermaksud : “Maka pada hari itu tidak bermanfaat (lagi) bagi orang-orang zalim yang permintaan uzur mereka, dan tidak pula mereka diberi kesempatan bertaubat lagi.”

Surah Asy-Syura ayat 40 yang bermaksud : “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.”

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 1 Oktober 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.




'LAILATUL QADAR'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

'Lailatul Qadar’ bakal mengupas mengenai pengertian sebenar lailatul qadar, kelebihan dan bagaimana mengenali lailatul qadar.

Keutamaan Lailatul Qadar Allah berfirman, "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (al-Qadr: 1-5)



Barangsiapa solat malam pada malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan harapan pahala dari Allah maka akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu. (Bukhari)

Panelis minggu ini, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (pendakwah bebas) bakal menghurai hadis dan ayat Al-Quran yang berkaitan Lailatul Qadar.

Pengacara Al-Kuliyyah, Ustaz Fauzi Mustafa pastinya akan berusaha mengajak panelis agar lebih fokus kepada tajuk perbincangan kali ini.

Saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah ini pada jam 5 hingga 6 petang, jumaat, 3 September 2010.