إعلان

'ORANG SEBELAH' & GAMBAR


ISTANA ARAU, PERLIS


KETIBAAN DYTM RAJA MUDA PERLIS DAN RAJA PUAN MUDA SERTA ANAKANDA DI BALAIRONG SERI








SIARAN LANGSUNG AL-KULIYYAH BERMULA




DARI KIRI : UST. MOHD FAUZI MUSTAFFA, UST. MOHD NIZAM DAN USTAZAH ASNI MANSOR








ANTARA TETAMU KEHORMAT YANG HADIR




UST. FAUZI MENERIMA KURNIA DARIPADA DYTM RAJA MUDA PERLIS


USTAZ MOHD NIZAM


USTAZAH ASNI


WAN FARID WAN MOHAMED (PENERBIT)


KREW PENERBITAN BERGAMBAR BERSAMA PANELIS


DATUK AHMAD A.TALIB MEMBERI UCAPAN TAHNIAH KEPADA PENERBIT


DYTM RAJA MUDA PERLIS PULA MEMBERIKAN TITAH UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATUK AHMAD A.TALIB


KREW PENERBITAN, PANELIS DAN DYTM RAJA MUDA DAN RAJA PUAN MUDA SERTA ANAKANDA BERGAMBAR KENANGAN

Jurugambar : Khairul Azhar Ahmad

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran dari Balairong Seri, Istana Arau, Perlis Indera Kayangan.

'Orang Sebelah’ bakal mengupas mengenai pengertian sebenar jiran, hak mereka dan bagaimana menyuburkan silaturrahim sesama jiran.

Tuntutan kerja, mementingkan diri sendiri dan sikap tidak suka ‘jaga tepi kain orang’, antara sebab hilangnya hubungan baik sesama jiran.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.”

Panelis minggu ini, Ustaz Nidzam Abdul Kadir (pensyarah UIAM) dan Ustazah Asni Mansor (pendakwah bebas) bakal menghurai permasalahan jiran dan cuba memberikan jalan penyelesaiannya.

Pengacara Al-Kuliyyah, Ustaz Fauzi Mustafa pastinya akan berusaha mengajak kedua-dua panelis agar lebih fokus kepada tajuk perbincangan kali ini.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis dijadualkan akan mencemar duli bagi menyaksikan siaran langsung Al-Kuliyyah ini pada jam 5 hingga 6 petang, jumaat, 28 Mei 2010.


'ANAK SIAPA'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran di Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

'Anak Siapa' bakal mengupas masalah pembuangan anak di kalangan masyarakat Islam kini. Bagaimana dan mengapa perkara terkutuk ini berlaku dan apa pendekatan Islam bagi menanganinya?

Kes pembuangan anak pastinya berkait rapat dengan kelahiran anak luar nikah akibat zina. Peringatan mengenai keburukan zina amat jelas melalui firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 32 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".

Antaranya ia merosakkan nasab keturunan, mengembangkan penyakit yang berbahaya, menimbulkan pergaduhan dan pembunuhan.

Panelis minggu ini, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam) seorang pendakwah dan Haji Hushim Salleh seorang pakar motivasi terkenal tanahair.

Pengacara Al-Kuliyyah, Ustaz Fauzi Mustafa pastinya akan mengajak panelis mencari penyelesaian dan memberi panduan kepada mereka yang terlibat dalam situasi ini.

Jangan lupa saksikan Al-Kuliyyah jumaat ini 21 Mei 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.






GAMBAR 'KREATIF BERAKHLAK'

Sempena sambutan Hari Belia Negara, Ustaz Zahazan Mohamed(Pendakwah) dan Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet) membincangkan tajuk ‘Kreatif Berakhlak' di Dataran Putra, Putrajaya.

Alhamdulillah. Siaran langsung Al-Kuliyyah berjalan dengan lancar walaupun di tengah kepanasan mentari petang.







Gambar sumbangan : Fauzana Aizuddin




susulan tajuk : 'SUSUK'

Atas permintaan ramai, berikut disertakan alamat klinik dan nombor telefon Ustaz Sharhan Shafie :

Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani
No. 27-2-1, Jalan 20B / 146
Desa Tasik, Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur

Telefon : 017.6955.909 / 017.6499.818 / 012.533.7434

Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T. dan dijauhi daripada bala bencana.




'KREATIF BERAKHLAK'

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Dataran Putra, Putrajaya.

Sempena sambutan Hari Belia Negara, Ustaz Zahazan Mohamed(Pendakwah) dan Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet) akan membincangkan tajuk ‘Kreatif Berakhlak'.

Ia bakal mengupas ciri-ciri belia yang cemerlang bukan sahaja dari segi pencapaian akademik dan sosial, malah turut menampilkan akhlak murni seorang Islam sebagai jati diri.

Baginda S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat, hingga disoal tentang empat perkara, iaitu usianya dihabiskan pada apa, masa mudanya diperjuangkan untuk apa, sumber hartanya dari mana dan ke mana dibelanjakan dan akhir sekali ilmunya dimanfaatkan untuk apa”. (Riwayat At-Tabrani)

Usia belia dan remaja adalah waktu paling penting dalam kehidupan manusia, ketika inilah manusia diberi kelebihan dari segi kekuatan fizikal dan mental.

Maksud firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 54 : "Allah menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas keadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 14 Mei 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.

Kepada warga Putrajaya dan sekitarnya, datanglah beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu ini.

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana sudi menaja Al-Kuliyyah pada minggu ini, khususnya kepada Ustaz Farid Hadi yang bertungkus lumus menjayakannya.




Dataran Putra, Putrajaya


Dataran Putra dan Masjid Putra




GAMBAR 'SUSUK'

Minggu lepas, Al-Kuliyyah bersiaran secara langsung dari Studio C, Sri Pentas.

Tajuk 'Susuk' telah mendapat sambutan yang luarbiasa dan telefon di meja Al-Kuliyyah tidak henti menerima panggilan bagi mengucapkan tahniah di atas persembahan dan kupasan tajuk pada petang itu.

Mereka memuji keberanian Cik Aini (bukan nama sebenar) yang sanggup berkongsi pengalaman hidup beliau, yang memakai susuk dan insaf di atas keterlanjurannya.

Al-Kuliyyah petang itu, secara eksklusif menunjukkan cara mengeluarkan susuk yang dilakukan oleh Ustaz Sharhan Shafie. Untuk makluman, mengeluarkan susuk bukanlah perkara mudah sebagaimana yang telah ditunjukkan.

Kami telah mendapat maklumat daripada pembantu Ustaz Sharhan, Cik Aini telah diberikan rawatan awal dan beberapa amalan sebelum mengeluarkan susuk yang telah dipakainya sekian lama.

Ramai juga yang menelefon bagi mendapatkan nombor telefon Ustaz Sharhan samada bertujuan perubatan atau undangan berceramah.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas perhatian dan sokongan umat Islam terhadap rancangan Al-Kuliyyah di TV3.


Wajah terbaru Ustaz Fauzi (Confirm tak pakai susuk)


Ustaz Sharhan Shafie


Cik Aini menceritakan pengalamannya kepada penonton


Ustaz Sharhan dan pembantunya


Proses mengeluarkan susuk di dalam air zamzam


Susuk berlian yang berjaya dikeluarkan


Sebahagian daripada penonton Kumpulan Wanita Islam Kulim, Kedah

Gambar Sumbangan : Rozimalini Abdullah




'SUSUK'

Minggu ini, Al-Kuliyyah seperti biasa akan bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas TV3.

Ustaz Sharhan Shafie (Pengamal Perubatan Islam) dan Cik Aini(Pemakai Susuk) akan membincangkan tajuk 'Susuk'.

Ia bakal mengupas erti sebenar susuk, jenis-jenis, kegunaan dan keburukannya dalam Islam.

Cik Aini akan berkongsi pengalaman dan kisah hitamnya, terjebak dalam dunia 'fantasi'nya.

Eksklusif : Ustaz Sharhan akan melakukan demonstrasi mengeluarkan susuk daripada badan Cik Aini secara langsung.

Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan cuba mengajak kedua-dua panelis membincangkan tajuk ini dengan lebih santai dan bermanfaat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Al-Kuliyyah pada Jumaat, 7 Mei 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.




GAMBAR 'CARI MAKAN'

Al-Kuliyyah telah bersiaran pada Jumaat, 30 April 2010 jam 5 hingga 6 petang di Studio C, Sri Pentas TV3.

Pada hari tersebut, hujan telah turun dengan lebatnya dan membuatkan hati kami berdebar menunggu Ustaz Muhammad Abdullah (Ustaz Amin) yang terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

Allah Maha Berkuasa ke atas hambaNya dan Ustaz Amin sampai 10 minit sebelum siaran langsung bermula.

Di bawah adalah gambar suasana di dalam Studio C, sumbangan Ustaz Amin. Jazakallahu Khairan Kathira. Barakallahu Fiikum.

Ustaz Fauzi

Ustaz Amin

Biro Wanita Masjid Darul Muttaqin, Sungai Udang Klang


Gambar Ihsan : Ustaz Mohamad Abdullah